Sony Xperia XZ4 : Skor Ujian Penanda Aras Geekbench Pula Tertiris

649
- Iklan -

Sejak kebelakangan ini, media sosial kecoh dengan penularan mengenai ujian benchmark antutu Sony Xperia XZ4 yang dikhabarkan mencecah skor 400,000 sekaligus menewaskan iPhone XS dan HUAWEI Mate 20.

Baca :  [ Tertiris ] Ujian Benchmark Antutu Sony Xperia XZ4 Mencecah Skor 400,000?!

Kali ini, terdapat pula ketirisan maklumat mengenai skor ujian penanda aras Geekbench peranti tersebut. Memetik maklumat tersebar, telefon pintar tersebut mencatatkan 3,497 mata dalam ujian satu teras dan 12,801 mata untuk ujian pelbagai-teras. 

Selain itu, telefon pintar yang bakal dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855 itu turut dijangka diselitkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan menggunakan sistem operasi Android 9 Pie di luar kotak.

Seperti biasa, maklumat yang diperoleh masih lagi ‘rumors’ semata dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Jadi, kita tunggu kemunculan rasminya yang dikhabarkan bakal hadir di MWC 2019 pada Februari depan. 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here