Satu Lagi Peranti Berkamera 48MP?! Meizu Note 9 Hadir Bersama Cip Snapdragon 6150?!

546

Tahun 2019 jelas memperlihatkan pengeluar peranti pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti mereka yang berlensa 48MP, setelah HUAWEI, HONOR dan Redmi kini giliran Meizu pula.

Ramai yang tahu Meizu adalah jenama peranti pintar dari China yang diasaskan oleh Jack Wong pada tahun 2003, dan terbaru menurut post yang dikongsi oleh Jack Wong sendiri, mereka bakal melancarkan peranti yang berkamera 48MP.

Menurut beliau, peranti yang dinamakan sebagai Meizu Note 9 ini selain mengikuti trend terkini iaitu menyokong kamera 48MP, ia juga menggunakan cip pemproses terbaru Snapdragon 6150 yang dipercayai merupakan cip kelas pertengahan.

Buat masa ini masih tidak diketahui bila peranti ini akan dilancarkan, kita nantikan berita kemaskini dari pihak Meizu kelak.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here