Samsung Siri Galaxy M Rasmi – Rekaan Moden Bersama Skrin Takuk, Khusus Untuk Pengguna Muda

322
**********

Siri Galaxy M dari pengeluar Samsung kini telah dirasmikan di pasaran India, dengan pengenalan baru kepada Galaxy M10 dan Galaxy M20. Siri M ini mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk pengguna muda, masing-masing menggunakan skrin 6.2 inci HD+ (M10) dan 6.3 inci FHD+ (M20) yang hadir bersama rekaan takuk yang dikenali sebagai Infinity-V.

Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A7 (2018): Telefon Pintar Dengan Tri-Kamera Pada Harga OHSEM!
Galaxy M20

Selain paparan skrin yang berlainan, cip pemproses juga berbeza di antara Galaxy M10 dan M20, di mana M10 menggunakan cip Exynos 7870, manakala M20 menggunakan Exynos 7904. Bagi memori dalaman pula, M10 hadir dengan dua pilihan iaitu 2GB/3GB RAM dan 16GB/32GB ROM. Sementara M20 hadir dengan pilihan 3GB/4GB RAM dan 32GB/64GB.

Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A9 (2018) Apa Hebatnya? Inilah 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu, Tetapi…

Spesifikasi untuk kamera utama adalah sama iaitu gabungan dwi-kamera 13MP + 5MP, manakala kamera hadapan masing-masing beresolusi 8MP (M20) dan 5MP (M10). Kapasiti bateri yang dijana pada M10 hanya 3,400mAh, lain pula 5,000mAh pada M20 yang boleh dikatakan sangat besar kapasitinya.

 

______________________________

Baca Juga:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here