Samsung Galaxy S10 Bakal Muncul Pada 21 Februari 2019?!

377
**********

Samsung telah pun mengumumkan tarikh acara Galaxy Unpacked seterusnya, yang mana dijadualkan berlangsung pada 21 Februari 2019 (kira-kira jam 3 pagi waktu Malaysia).

Perkara itu didedahkan secara umum menerusi sebuah video acah di laman twitter Samsung. Melaluinya, Samsung dijangka memperkenalkan peranti baharu, Samsung Galaxy S10 pada acara tersebut – berdasarkan animasi nombor 10 yang dipaparkan.

Malah, besar kemungkinan Samsung juga bakal memperkenalkan peranti paparan boleh lipat versi mereka pada acara berkenaan – berdasarkan animasi garisan yang berkemungkinan menjadi petunjuk elemen lipatan.

Kami yakin, acara ini pasti menjadi tumpuan mata dunia terutamanya, bagi peminat setia Samsung dan seperti biasa sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi, kekal bersama eRing untuk info terkini!

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here