HUAWEI Nova 4 : Crush Blue & Black

HARGA TERKINI: RM1,699 (RM1,899)

Selepas menyaksikan kejayaan luar biasa yang digapai menerusi siri Huawei Nova 3, HUAWEI kini membawa pewaris baru untuk siri tersebut iaitu HUAWEI Nova 4. Model kali ini nampaknya dilengkapi teknologi hebat di samping reka bentuk baru yang lebih “fresh”. Namun, bolehkah telefon ini memberikan pengalaman penggunaan yang memuaskan?

 

📲 : Reka Bentuk Luaran

HUAWEI Nova 4 dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.4 inci bersama resolusi FHD+ (2310 x 1080 piksel). Tiada sebarang takuk disertakan sebaliknya model kali ini hadir dengan rekaan paparan berlubang yang memiliki bukaan kecil bersaiz 3.05mm.

Panel Hadapan & Panel Belakang

Rekaan ini menjadikan paparan telefon kelihatan lebih besar dan pengguna kini tidak lagi “dihantui” dengan kewujudan bar hitam di atas peranti. Sekiranya masih kurang selesa dengan kehadiran lubang tersebut, anda boleh menyembunyikannya menerusi tetapan.

Beralih pada belakang, telefon ini membawakan tiga kamera utama – dipisahkan menjadi dua bahagian secara menegak (terdapat LED flash). Pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat turut terbina pada panel belakang.

Dari Gambar Kiri : Sisi Kanan, Sisi Kiri, Atas & Bawah

Sisi kanan menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang laras suara dan butang kuasa. Dulang SIM pula terletak pada sisi kiri dan bicu audio 3.5mm terletak pada atas kerangka. Bahagian bawah tersedia port USB-C dan lubang pembesar suara.

 

📲 : Sistem Operasi & Prestasi Dalaman

HUAWEI Nova 4 menggunakan sistem operasi Android 9 Pie dan antaramuka EMUI 9.0. Persembahan antaramuka ini dilihat mesra pengguna dan memberikan pengalaman penggunaan yang baik. Paparannya sama sekali tidak menghampakan dan bentuk ikon juga tersusun kemas.

Paparan Telefon

Bersamanya adalah penggunaan cip pemproses Kirin 970 digandingkan bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB – menjadikan penggunaan peranti lebih lancar. Telefon ini turut disertakan sokongan GPU Turbo yang dinaik taraf bagi kepuasan berganda yang cekap.

Ujian Antutu & Geekbench 4

Dalam ujian penanda aras yang dijalankan, kami mendapati telefon ini mencatatkan sebanyak 1773 mata untuk ujian tunggal dan 6367 mata untuk ujian pelbagai teras. Manakala, ujian antutu pula HUAWEI Nova 4 mencatatkan skor sebanyak 195012 mata.

 

📲 : Keupayaan Bateri

Bateri sebesar 3,750 mAh disertakan pada telefon ini bersama sokongan pengecasan pantas 18W. Bagi pengecasan semula, kami mengambil masa sekitar 1 jam dan 50 minit untuk mencapai tahap penuh 100% menerusi USB-C. Pada penggunaan aktif, telefon ini mampu bertahan untuk sehari suntuk.

 

📲 : Sistem Keselamatan 

Bagi sistem keselamatan, HUAWEI Nova 4 menyertakan dua kaedah menerusi fungsi imbasan cap jari dan pengecaman wajah. Kami mendapati kedua-dua sistem keselamatan ini dilihat berfungsi dengan pantas dan responsif.

Tetapan Pengecaman Wajah

 

📲 : Keupayaan Kamera & Video

Sedia maklum, HUAWEI Nova 4 tersedia dalam dua varian iaitu versi asas : 20MP + 16MP (Ultra-Wide) + 2MP dan versi tinggi : 48MP + 16MP (Ultra-Wide) + 2MP. Namun, hanya versi asas sahaja yang ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Penangkapan kamera utama lebih luas melalui lensa bersudut lebar sehingga 117 darjah yang mana membolehkan pengguna memuatkan lebih banyak subjek untuk dimuatkan ke dalam gambar tanpa berganjak ke belakang daripada sesuatu lokasi.

Selain itu, kamera utama juga membawakan keupayaan yang baik sekaligus dilihat mampu menghasilkan foto dengan jelas dan teliti. Warna terhasil juga kelihatan hidup dengan perwarnaan yang selesa untuk dilihat.

Penampilan sensor 25MP untuk kamera swafoto turut menjadi taruhan pada model kali ini bagi penghasilan foto selfie atau melakukan video call dengan lebih cantik. Sokongan kecerdasan buatan turut tersedia pada kedua-dua kamera.

Kualiti kamera hadapan dilihat membawakan keperincian swafoto yang tajam dan foto yang terhasildilihat cukup terang. Tidak ketinggalan, telefon ini turut hadir dengan kebolehan potrait mode pada kamera swafoto bagi menjadikan foto anda kelihatan lebih menarik.

via GIPHY

Terdapat juga fungsi AR Lens menawarkan karakter emoji comel – boleh dikawal dengan hanya menggunakan wajah. Turut disertakan ciri-ciri terbaru HUAWEI Hivision : AI Shopping, AI Calorie dan sebagainya.

Bagi rakaman video, telefon ini bukan sahaja menyokong resolusi sehingga 4K, malah ia menyertakan sokongan penstabilan imej elektronik (EIS) – membolehkan rakaman diambil dengan lebih stabil. Melengkapi juga adalah fungsi gerak perlahan sehingga 480 fps.

Sokongan Penstabilan Imej Elektronik (EIS)

Ciri menarik lain termasuk :  fungsi video ringtone –  membolehkan pengguna membuat rakaman video pendek dan menetapkannya sebagai nada dering. Selain itu, terdapat juga fungsi spotlight reel – membantu pengguna untuk membuat suntingan video pendek.  Berikut kami lampirkan hasil gambar daripada lensa HUAWEI Nova 4 :

 

Ulasan Editor

Secara keseluruhannya, telefon ini berada pada tahap yang baik. Reka bentuk dan ciri yang “fresh” dilihat mampu menarik perhatian peminat setianya. Bagi kami, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

[ HUAWEI Nova 4 Kini Mendarat Di Malaysia – Harga RM1,899 Dapatkan Mulai 14 Februari 2019 ]

Dengan aspek luaran dan dalamannya yang seimbang, boleh dikatakan ia mampu memenuhi citarasa ramai. Akhir kata, apa yang di tawarkan adalah baik. Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 4 ditawarkan pada harga RM 1,899 dan ketersediaan bermula 14 Februari 2019.

[Zon Perbandingan] : HONOR View20 / HUAWEI Nova 4 / Redmi Note 7 – Kalian Pilih Yang Mana?

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here