HONOR View20 merupakan sebuah telefon pintar moden dilengkapi dengan teknologi canggih yang mungkin kita tidak dapat lihat dalam setiap peranti lain. Malah, kehadirannya boleh dikatakan berpotensi menjadi titik permulaan kepada perubahan dalam dunia telefon pintar.

[ BACA : Miliki HONOR View20 Hanya RM1 Dengan Pelan MaxisONE 158! ]

Pastinya ramai tertanya-tanya, apakah inovasi terbaru yang dibawakan oleh HONOR untuk model ini? Sejauh manakah bagusnya telefon pintar ini? Jadi bersama eRing, mari kita lihat lebih lanjut mengenai HONOR View20.

 

Seni Reka Bentuk Tersendiri Penuh Bergaya

Tampil penuh bergaya, HONOR View20 membawakan paparan IPS LCD bersaiz 6.4 inci FHD+ bersama resolusi 2310 x 1080. Nisbah skrin ke badan menjangkau 91.8% bahagian hadapan – memberikan bingkai yang sangat nipis.

Segi reka bentuk, ia dilihat mengikut trend terkini – reka bentuk skrin hampir penuh dengan “kewujudan” lubang kecil pada paparan hadapan yang menempatkan kamera swafoto. Diameter bukaannya hanyalah 4.5mm dan diletakkan pada sudut kiri atas skrin.

Menariknya lagi mengenai model ini adalah kemasan warna berkilat bersama bayangan tekstur berbentuk V yang jelas pada panel belakang menjadikannya terlihat mempunyai cita rasa tersendiri dan lain daripada yang lain.

Di belakang juga, terdapat kamera utama dalam kedudukan melintang dengan rekaan sedikit timbul, di samping pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat pada posisi mudah dicapai. Sisi kanan terdapat butang kuasa dan butang laras suara, manakala sisi kiri tersematnya satu slot SIM.

Untuk sambungan, telefon ini menggunakan port USB-C untuk pengecasan bateri dan penghantaran data. Selain itu, bicu audio dan speaker juga masih tersedia pada bahagian bawah.

Kami berpendapat, badan telefon ini “sedap” untuk dipegang kerana ianya sangat ergonomik bersama sisi yang melengkung. Bezel juga terlihat disusun sekata sekaligus menjadikannya kelihatan seimbang. Namun, agak mengecewakan apabila kesan cap jari terlihat mudah melekat pada panel belakang peranti.

 

Antaramuka Moden, Mesra Pengguna

HONOR View20 menjalankan sistem operasi Magic UI 2.0 terbina berasaskan Android 9 Pie yang mana antaramuka ini turut digunakan pada HONOR Magic 2. Paparan antaramuka ini kelihatan moden, tersusun sekaligus mesra pengguna. Kemasan ikon juga terlihat ceria dan boleh diubah melalui fungsi pertukaran tema tersedia.

Bagi kualiti paparan, kami boleh katakan ia berada pada tahap terbaik kerana warna-warna terhasil kelihatan tajam dan cukup terang meskipun ketika penggunaan di bawah cahaya matahari.

 

Raja Dengan Prestasi Luar Biasa

HONOR View20 dibekalkan dengan cip hebat iaitu Kirin 980 dilengkapi Dual NPU yang pintar untuk prestasi AI lebih pantas. Penggunaan cip ini menjanjikan prestasi dua kali lebih berkuasa berbanding Kirin 970.

Cip Pemprosesan Kirin

Ia juga dipadukan bersama GPU Mali G76 dengan padanan teknologi GPU Turbo 2.0 dan The Nine Liquid Cooling System bagi pengalaman penggunaan lebih baik. Telefon ini dibantu oleh memori yang cukup tinggi iaitu mencecah 8GB RAM digandingkan bersama storan dalaman sehingga 256GB ROM.

Berdasarkan kepada ujian benchmark yang telah dijalankan oleh kami, telefon ini mencatatkan skor sebanyak 273189 mata untuk ujian antutu. Manakala pada ujian Geekbench 4 pula, ia dilihat mencatatkan skor sebanyak 3260 mata untuk ujian tunggal dan 9637 mata untuk ujian pelbagai teras.

Hasil Ujian Antutu & Geekbench 4

Telefon ini juga telah dimuatkan dengan ciri terbaru, Link turbo – ciri di mana membolehkan telefon bimbit beralih antara data dan Wifi secara automatik. Senang kata, sekiranya sambungan Wi-Fi anda perlahan, ia secara automatik akan beralih ke 4G untuk muat turun lebih pantas. Ataupun, menggabungkan kedua-duanya untuk sambungan lebih baik.

 

Keupayaan Bateri Maksimum

Penggunaan bateri berkapasiti 4,000 mAh merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh HONOR dalam menangani masalah dari segi bateri. Tambahan pula, ia turut menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Ujian Pengecasan : 1 Jam & 18 Minit Pengecasan Penuh

Penggunaannya dilihat mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan yang aktif termasuk melayari internet, menonton video, mengambil gambar dan bermain permainan. Bagi pengecasan semula bateri, kami mengambil masa 1 jam dan 18 minit untuk mencapai penuh 100%.

 

Kamera Gergasi 48MP – Lihat Apa Yang Tersembunyi

HONOR View20 sememangnya dilengkapi penawaran kamera yang luar biasa melalui padanan sensor 48MP (f/1.8, Sony IMX 586) dan dibantu oleh lensa ToF 3D dalam kedudukan berasingan (terdapat sokongan LED Flash).

Ia turut diselitkan fungsi “Night mode” yang menakjubkan bersama sistem penstabilan imej (AIS) untuk sokongan penggambaran malam yang stabil.

Hasil Lensa 48MP : Walau zoom masih tidak pecah

Menariknya kamera utama ini adalah ia mempunyai ciri luar biasa yang kita mungkin tidak temui pada peranti lain iaitu, membolehkan telefon pintar untuk mencipta avatar 3D pengguna dan melangsingkan subjek dalam foto menerusi fungsi 3D Body Shaping – menguruskan yang gemuk dan meninggikan yang pendek.

Hasil Fungsi 3D Body Shaping

Bagi keupayaan kamera hadapan, telefon pintar ini ditanamkan dengan sensor sebesar 25 MP bersama fungsi beauty mode bagi mencantikkan lagi wajah pengguna. Fungsi HDR turut disertakan pada kamera hadapan.

Untuk rakaman video, ia menawarkan sokongan rakaman dalam pelbagai resolusi termasuk resolusi tertinggi 4K dan video gerak perlahan sehingga 960fps.  Berikut kami lampirkan hasil gambar daripada lensa HONOR View20 :


 

ULASAN EDITOR 

HONOR ternyata membawakan sesuatu yang luar biasa untuk model kali ini. Terdapat banyak misteri dan teka-teki tersembunyi di dalam telefon ini yang perlu anda terokai serta selami setiap satu persatu.

Sepanjang penggunaan, kami mendapati telefon ini merupakan peranti yang hebat secara keseluruhannya. Berkat penggunaan cip pemproses Kirin 980, ia tidak mendatangkan sebarang masalah sepanjang penggunaan harian kami dan prestasinya memang superb!

Bagi yang berminat, telefon pintar ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499. Ketersediaan bermula 26 Januari 2019.

[ BACA : 7 Sebab Kukuh Anda Tidak Akan Menyesal Beli HONOR View20 – Part Last Paling Best! ]

[ BACA : [ Kongsi Tips ] : 5 Gaya OOTD Persis Supermodel – Nak Gambar Lagi POWER? Guna HONOR View20 La! ]

_______________________________________________________________

 

HONOR View20 – Peranti Gergasi Pengubah Dunia Telefon Pintar ↓↓↓