**********

ASUS membuka lembaran tahun baru dengan langkah kanan apabila memperkenalkan model terbaharu komputer riba yang bersaiz kompak, iaitu ASUS ZenBook 13. Komputer ini pastinya mampu membuka lebih ruang buat ASUS dalam mendominasi pasaran komputer riba bersaiz 13 inci ini di pasaran.

Sungguhpun komputer ini bersaiz kecil iaitu lebih kurang sebesar kertas bersaiz A4, namun spesifikasinya bukanlah ‘biase-biase’. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Peranti ini pastinya dapat memenuhi keperluan anda dalam penggunaan komputer riba. Nak tahu bagaimana? Jom kita baca!!!

HARGA JUALAN:

  • ZenBook 13 (UX333) – RM4,499 (i5-8265U) / RM4,999 (i7-8565U)
  • ZenBook 14 (UX433) – RM4,399
  • ZenBook 15 (UX533) – RM6,099

 

 

Pakej Pembelian

Dalam pakej pembelian ini, ia disertakan dengan komputer riba ASUS ZenBook 13, Adapter pengecasan, Manual, sarung komputer riba dan kain pengelap.

 

Spesifikasi ASUS ZenBook 13 (UX333)

Pemproses Intel core i5 – 8265U
Intel core i7 – 8565U
Sistem Operasi Windows 10
Paparan 13.3′ FHD 1920 x 1080 16:9
IPS Wide View
Memori LPDDR3 8GB
Storan PCIEG3x2 NVME 512G M.2 SSD
Grafik NVIDIA Geforce MX150
Video Memori GDDR5 2GB
I/O Port 1x USB2.0
1x USB3.1 Type A (Gen 1)
1x USB3.1 Type C (Gen 2)
1x HDMI
Dimensi 30.2 x 18.9 x 1.69cm
Slot Kad Nano Sim + Nano Sim
Berat 1.19kg
Warna Royal Blue / Icicle Silver / Burgundy Red

 

 

Rekaan Yang Mempersonakan

Sungguhpun komputer riba ini kecil, tetapi ASUS tidak melupakan kepentingan rekaan yang menarik dan efektif. Komputer riba yang bersaiz 13 inci, bukan penghalang dalam memberikan rekaan yang menarik.

Disertakan dengan 4 bahagian frameless dengan rekaan NanoEdge pastinya memberikan suatu kelainan buat komputer riba ini. Turut disertakan dengan Spun Metal Finish di bahagian belakang dan rose gold trim bar memuatkan komputer ini tampak lebih eksklusif.

Apa yang menariknya, komputer ini juga direka dengan rekaan ergolift yang pastinya memberi kesan efektif terhadap prestasi komputer ini. Apabila komputer riba ini dibuka, ia akan sedikit terangkat bagi memastikan aliran pengudaraan komputer riba ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Justeru ia turut dilengkapi dengan papan kekunci bersaiz penuh dengan 1.44mm key travel. Seperti biasa, rekaan number pad komputer riba ini juga turut kelihatan segar dan efisen.

 

Paparan Yang Menakjubkan

ASUS Zenbook 13 ini mempunyai 13.3′ FHD 1920 x 1080 16:9 IPSWide View pastinya akan memberikan kejelasan yang nyata. Dengan kadar refresh rate yang tinggi iaitu 60HZ pastinya memberikan pengalaman yang baik kepada anda.

Dengan bezel yang sangat nipis dan kicil pastinya membuatkan paparan kelihatan lebih baik.

 

Kepuasan Sistem Bunyi Yang Terbaik

Jika anda was-was dengan sistem bunyi bagi peranti ini, jangan bimbang kerana pastinya ia berada pada tahap yang terbaik. Walaupun bersaiz kecil tapi sistem bunyinya sangat kuat dan enak untuk didengar.

Hal ini kerana ASUS berkoloborasi dengan Harman Kardon yang pastinya tidak pernah gagal dalam memberikan sisitem bunyi terbaik. Kepuasan menonton video pastinya dicapai dengan sistem bunyi yang terbaik.

 

Keunikan Number Pad

Number Pad ini pastinya menjadi antara ‘highlight’ bagi komputer riba ini. Kesempurnaan pada number pad ini akan memberikan pengalaman yang memuaskan dengan kepelbagaian fungsi yang dapat memudahkan proses penggunaannya.

Number pad komputer riba ini direka dengan 5 lapisan. Lapisan yang pertama ialah
black bottom layer dengan nombor / character cut out. Lapisan kedua pula ialah gray translucent ink layer diikuti dengan translucent layer dengan silver particle.

Bagi lapisan keempat pula ia disertakan dengan inked switch layer dan lapisan terakhir ialah glass top layer. Jadi tidak hairanlah ketepatan dan keselesaan ketika menggunakan number pad ini berada tahap yang tersendiri.

Sepanjang menggunakan komputer riba ini, number pad ini pastinya sangat membantu dalam mempertingkatkan produktiviti. Keselesaan dan ketepatannya boleh mengurangkan kesilapan dalam proses menaip. Justeru tidak hairanlah, number pad ini merupakan langkah penyelesaian bagi masalah numeric keypad pada komputer riba.

Lebih menarik, ia turut mempunyai kepintaran dalam penukaran kepada keypad yang biasa. Apa yang perlu dilakukan dengan hanya menekan simbol keypad pada number pad tersebut.

 

Kamera 

Kamera pada komputer riba ini juga tidak diabaikan oleh ASUS kerana menurut kajian 76% pengguna menggunakan webcam sekurang-kurangnya sebulan sekali. Namun kualiti daripada hasil rakaman kamera ini masih ditahap memuaskan bagi kamera komputer riba.

Komputer yang dilengkapi dengan ultra thin webcam yang baharu disertakan dengan lensa 4 elemen yang pastinya tajam dan mengurangkan noise. Kedudukan kamera pada bahagian atas pastinya memberikan sudut yang terbaik kepada pengguna ketika menggunakan kamera ini.

 

Apa yang menarik, ia turut disertakan dengan log masuk wajah yang dikenali sebagai 3D IR camera yang sangat pantas memudahkan pengguna.

Cara membuat tetapan juga amat mudah:
  • Pergi ke Setting, tekan ‘your info’.
  • Pilih ‘Sign-in option’, dan tekan ‘Face recognition’.
  • Paparkan wajah anda pada kamera komputer ini dan kemudian lakukan tetapan pin.

Anda kini sudah boleh menggunakan wajah anda sebagai log masuk. Apa yang pasti log  masuk menggunakan wajah adalah sangat pantas.

 

Daya Tahan Bateri Yang Lama

Sungguhpun komputer riba ini bersaiz kecil, namun ASUS tidak melupakan tentang kepentingan daya tahan bateri. Justeru ia dilengkapi dengan kapasiti bateri 50WH LI Polytier batery. Apa yang pasti komputer riba ini mampu bertahan sehingga 14 jam. Jadi anda tidak perlu bimbang jika melakukan pekerjaan di luar menggunakan komputer ini.

Jangka masa untuk mengecas agak pantas. Bagi komputer ini ia mengambil masa selama  2 jam 20 minit sahaja untuk mengecas penuh dari 4% sehingga 100%.

 

Sistem Penyejukkan

Disebabkan pengguna pada ketika ini sering menggunakan komputer riba dalam jangka masa yang panjang, maka sistem penyejukkan merupakan elemen penting dalam memastikan komputer riba berada dalam keadaan yang baik. Justeru, ASUS telah menerapkan evolusi dalam rekaan bilah kipasnya.

Ketebalan kipas bagi komputer riba ini adalah 4mm dan disertakan dengan bilah pada kipas yang lebih banyak iaitu sebanyak 75 bilah dengan setiap bilah bersaiz 0.4mm pastinya membolehkan proses penyejukkan dilakukan dengan lebih efisen. Jadi tidak hairanlah ia dikatakan mengalami evolusi dalam aero dinamik.

 

Ketahanan

Sungguhpun ASUS ZenBook 13 ini bersaiz kecil, namun ketahanannya tidak boleh dipandang enteng. Hal ini kerana komputer riba ini menerima Military Grade Reliability.

Beberapa ujian ketahanan telah dilakukan ke atas peranti ini antaranya ujian altitud, ujian gegaran, ujian kelembapan, ujian jatuh dan ujian suhu. Jadi anda tidak perlu bimbang.

 

Ujian Prestasi

ASUS ZenBook 13 ini sememangnya bersaiz kecil. Namun melihat daripada hasil ujian ke atas komputer rini memperlihatkan bahawa ia berada prestasi yang baik. Dengan spesikasi yang tinggi membenarkan pengguna boleh melakukan sebarang aktiviti menggunakan peranti ini. Ujian ke atas komputer ini dilakukan menggunakan UserBenchmark dan CrystalDiskMark 6.

Ujian UserBenchmark

 

Ujian CrystalDiskMark 6

 

Kebaikan

  • Kompak dan mudah dibawa ke mana sahaja.
  • Mempertingkatkan produktiviti dengan numberpad yang multitasking dan mudah untuk digunakan.
  • Sistem penyejukkan dan pengudaraan yang baik kerana keadaan komputer ketika dibuka sedikit ke atas membolehkan aliran udara berjalan dengan baik.
  • Sistem pengecaman wajah yang sangat pantas.
  • Penggunaan papan kekunci yang selesa disebabkan oleh rekaan ergolift komputer ini.
  • Paparan penuh ekoran daripada bezel yang sangat nipis.

 

Kekurangan

  • Sambungan port yang sedikit di bahagian tepi ekoran daripada saiz yang kecil.
  • Prestasi agak kurang memberansangkan ketika bermain game berkapasiti berat.

 

Ulasan

Secara keseluruhannya, komputer ini berada pada prestasi yang terbaik. Dengan spesifikasi yang tinggi dengan rekaan yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja pastinya akan memudahkan anda.

Produktiviti anda juga pastinya dapat dipertingkatkan dengan number pad yang sangat lancar penggunaannya. Kepantasan pengecaman wajah juga berada pada tahap yang baik. Apa yang lebih penting, paparan penuh dengan bezel yang nipis memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.

_________________________________________

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here