Redmi Note 7 Rasmi – Kamera Utama 48MP, Snapdragon 660, Skrin Takuk Kecil

729
**********

Redmi kini rasmi diumumkan sebagai jenama bebas dan lebih mengujakan, syarikat tersebut telahpun memperkenalkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu Redmi Note 7!

Redmi Note 7 tampil dengan rekaan takuk kecil bersama skrin berukuran 6.3 inci (2340×1080). Selain itu, Redmi turut menyertakan rekaan kaca 2.5D pada panel belakang peranti ini.

Telefon pintar ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 660 sebagai tunjang utama dan dibantu dengan pilihan memori sehingga 6GB RAM bersama storan dalaman sehingga 64GB.

Melengkapinya, dwi kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 5MP dan kamera swafoto : 13MP – kedua-duanya dilengkapi teknologi AI. Redmi Note 7 didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,000 mAh bersama sokongan QuickCharge 4.0 (melalui USB-C).

Redmi Note 7 ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • CNY 999 (kira-kira RM603) untuk versi 3GB + 32GB
  • CNY 1,199 (kira-kira RM725) untuk versi 4GB + 64GB
  • CNY 1,399 (kira- kira RM845) untuk versi 6GB + 64GB

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here