Realme Naik Taraf Imej & Hadir Dengan Produk Sampingan Baru Khusus Buat Golongan Muda

1154
**********

Realme kini mengumumkan bahawa mereka telah pun menaik taraf imej dan bahan visual jenamanya untuk menyediakan pengalaman visual baru kepada pengguna muda di seluruh dunia.

Di samping itu, Realme juga kini hadir dengan  beberapa produk sampingan baru bersama rekaaan mengagumkan yang dilihat mengambil kira nilai estetik anak muda seperti T-shirt, sweater dan banyak lagi.

Melaluinya, Realme ingin terus mengukuhkan kedudukannya menjadi ikon untuk golongan muda di seluruh dunia. Selain itu, mereka juga ingin mewujudkan lebih banyak peluang untuk anak-anak muda tampil menyerlahkan diri – tidak terbatas kepada telefon semata-mata.

Selain itu, Realme juga  akan terus menaik taraf pengalaman jenamanya yang komprehensif agar lebih ramai golongan muda di serata dunia dapat menikmati produk kegemaran mereka.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here