Sekian lama menanti, HONOR kini secara rasminya memperkenalkan model terbaharu keluaran mereka iaitu HONOR View20. Seperti dijangka, model baharu ini bukan sahaja menampilkan rupa yang menawan, malah dilengkapi pelbagai ciri yang bakal mengubah dunia telefon pintar.

Dari segi reka bentuk, telefon pintar ini membawakan paparan IPS LCD bersaiz 6.4 inci FHD+ (2310 x 1080) bersama rekaan skrin berlubang yang menempatkan kamera swafoto sebesar 25 MP. Paparan telefon pintar ini menawarkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.8%.
Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan cip Kirin 980 (Dual NPU) digandingkan bersama pilihan memori 6/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB ROM. HONOR turut menyertakan teknologi GPU Turbo 2.0 dan The Nine Liquid Cooling System bagi pengalaman permainan terbaik.

[BACA : Reviu Eksklusif : HONOR View20 – Peranti Raksasa Pengubah Dunia Telefon Pintar ]
Dari segi penggambaran, telefon pintar ini dilengkapi kamera utama sebesar 48 MP (f/1.8, Sony IMX 568) dan dibantu lensa 3D ToF dalam kedudukan berasingan (terdapat sokongan LED Flash).

Ia turut diselitkan fungsi “Night mode” yang menakjubkan bersama sistem penstabilan imej (AIS) untuk sokongan penggambaran malam yang stabil. Sistem kamera ini turut dibantu oleh rakaman video 4K dan rakaman video gerak perlahan pada 960fps.
Menariknya mengenai kamera utama model kali ini adalah ia diselitkan kebolehan untuk mencipta avatar 3D pengguna dan melangsingkan subjek dalam foto menerusi fungsi 3D Body Shaping – menguruskan yang gemuk, meninggikan yang pendek.

Ciri lain yang turut ditampilkan pada model kali ini, ia dimuatkan dengan ciri terbaharu menerusi Link Turbo – ciri di mana membolehkan telefon bimbit beralih antara data (4G) dan Wi-Fi secara automatik.
Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 4,000 mAh (melalui USB Type-C) bersama pengecasan pantas 22.5W. Telefon pintar ini berjalan pada antara muka Magic UI 2.0 berasaskan Android 9 Pie.

Telefon pintar ini tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499.
Bagi yang berminat, ketersediaan bermula 26 Januari 2019 bersama jerayawara terbesar yang membawakan pelbagai promosi menarik khusus buat peminat HONOR – berlangsung di Tingkat Bawah Pusat Beli-Belah Highstreet @ 1 Utama.
[BACA : Miliki HONOR View20 Hanya RM1 Dengan Pelan MaxisONE 158! ]
Terdapat tawaran menarik seperti hadiah premium bernilai lebih RM700 yang menanti pembeli terawal sepanjang jerayawara ini berlangsung. Untuk mengetahui lebih lanjut, KLIK PADA PAUTAN INI.
____________________________________________________________________