PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) 2018 Tajaan vivo Tutup Tirai Dengan Meriah

472
**********

PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) 2018 telahpun melabuhkan tirai dengan gilang-gemilang. Kejohanan julung kali diadakan di bawah tajaan vivo itu terlihat mendapat sambutan yang luar biasa.

Pasukan Gank FTY diumumkan sebagai juara bagi kejohanan setelah tampil cemerlang sepanjang kejohanan dengan 6 kali “Chicken Dinner” yang membawakan jumlah keseluruhannya sebanyak 4,060 mata.

Kemenangan itu melayakkan Gank FTY membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000. Diikuti oleh 1st Runner Up: AROV – RM15,000 , 2nd Runner Up: Senior Crew Panda – RM5,000 dan 3 Runner Up: Skuad VIP – RM4,000. Seterusnya, tempat keempat hingga Ke-7 pula memenangi hadiah tunai sebanyak RM 1,500 setiap satu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here