Program Rebat Bil Elektrik RM40! Semak Kelayakan Hanya 3 Langkah Ringkas

539
**********

Melalui Belanjawan 2019 yang lalu, salah satu bantuan yang diumumkan oleh kerajaan adalah skim bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 di bawah program eKasih.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM80 juta kepada sejumlah 185,000 keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam program eKasih bermula 1 Januari 2019.

Keluarga dalam program ini tidak perlu membayar sebarang bil elektrik sekiranya bayaran sebulan kurang daripada RM40, manakala bagi yang lebih tinggi daripada RM40 sebulan maka anda perlu membayar bil elektrik yang selebihnya.

Semakan kelayakan boleh membuat seperti berikut:
  1. Layari laman web Semakan Rebat Bil Elektrik
  2. Masukkan No. K/P anda
  3. Klik “Cari” dan sistem akan memaparkan butiran selanjutnya.

 

___________________________________

Artikel Popular:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here