Pra-Tempahan HUAWEI nova 4 & Dapatkan Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM400!

476
**********

HUAWEI nova 4 telah dirasmikan baru-baru dengan tanda harga RM1,899, ia hadir bersama teknologi hebat di samping reka bentuk baru yang lebih segar. Walaupun jualan pertamanya bermula pada 14 Februari 2019 nanti, namun tawaran pra-tempahan akan dibuka bermula 8 hingga 13 Februari ini dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM400.

Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]

Yang berminat memiliki satu, boleh pergi ke mana-mana kedai HUAWEI dengan membayar deposit sebanyak RM200, dan selebihnya iaitu RM1,699 perlu dibayar apabila anda mengambil peranti ini pada 14 Februari nanti.

[ #4 Rahsia Gambar Makanan Jadi Menarik Sampai Meleleh Air Liur – Lagi Best Guna HUAWEI Nova 4! ]

Sekiranya anda lebih suka membeli melalui atas talian, boleh juga membuat pra-tempahan melalui HUAWEI Official Online Store dengan membuat bayaran penuh RM1,899. Baucar tambahan bernilai RM50 akan diberikan dan anda boleh menggunakannya di kedai atas talian.

Lebih menarik lagi, setiap pembelian nova 4 akan mendapat Bluetooth Headset secara percuma. Bagi pra-tempahan juga akan menerima Premium Gift Pack yang jumlahnya bernilai sehingga RM400.

[ Bosan Dengan Ringtone Standard? Video Ringtone HUAWEI Nova 4 Bakal Ubah Mood Anda! ]

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here