Poster Peranti Baharu Redmi Tertiris – Menampilkan Rekaan Dwi Kamera Utama & Skrin Takuk Kecil

312
**********

Redmi kini nampaknya bersedia untuk memperkenalkan peranti terbaharu mereka pada 10 Januari ini. Meskipun masih berahsia mengenainya, namun terdapat poster acah mula muncul dalam talian yang memberikan kita gambaran awal mengenai peranti tersebut!

[BACA JUGA : Redmi Bakal Jadi Jenama Bebas – Perkenal Peranti Pintar Baharu Pada 10 Januari Depan]

Memetik poster acah tersebar, peranti tersebut dijangka tampil dengan rekaan takuk kecil pada panel hadapan. Terdapat ketersediaan dwi-kamera utama disusun secara vertikal pada panel belakang – salah satunya mempunyai sensor sebesar 48MP.

Panel belakang juga dilihat tampil dengan rekaan berkilat seakan-akan model Mi Play dan ia dijangka tersedia dalam 3 pilihan warna. Pun begitu, tiada butiran jelas mengenai telefon pintar tersebut yang diperoleh dan sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

[BACA JUGA : Xiaomi Mi Play Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Cip MediaTek Helio P35]

Bagi menambah keterujaan, Redmi turut menghasilkan sebuah video penggoda bagi membuktikan ketahanan binaan kaca peranti tersebut yang dipanggil “Little King Kong”. Berdasarkan video, binaan kaca pada peranti tersebut dilihat sangat kukuh. Tak percaya? Lihat video di bawah!

[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]
[/video]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here