PlayStation 4 Pro KINGDOM HEARTS III LIMITED EDITION – Ditawarkan Pada Harga RM2,049

584
**********

Berita baik untuk semua penggemar Kingdom Hearts di tanah air! Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa PlayStation 4 Pro KINGDOM HEARTS III LIMITED EDITION akan tersedia di Malaysia mulai 29 Januari 2019 – pada harga RM2,049!

Edisi terhad ini didatangkan dengan konsol Playstation 4 Pro bersama 1TB HDD, DUALSHOCK 4 wireless controller serta versi cakera Blu-ray eksklusif dari permainan KINGDOM HEARTS III (versi Inggeris).

Selain itu, pakej tersebut juga termasuklah kod baucar untuk kandungan digital tema PlayStation 4 Pro KINGDOM HEARTS III LIMITED EDITION, PS4 custom Keyblade untuk permainan, kod baucar untuk DLC (sah sehingga 25 Januari 2020), kad keahlian PS Plus (langganan 3 bulan) dan waranti selama setahun.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here