PlayStation 4 Pro 2TB, God of War Bundle Tersedia Di Malaysia Bermula 11 Januari 2019 – Harga Bermula RM1,799

1035

Berita baik untuk peminat setia playstation tempatan, Sony Interactive Entertainment membawakan berita gembira buat anda semua apabila mengumumkan varian baru Playstation 4 Pro 2TB dan God of War Bundle bakal tersedia di Malaysia bermula 11 Januari 2019.

God of War Bundle

God of War Bundle didatangkan dengan konsol Playstation 4 standard (PS4 Pro 1 TB) , DUALSHOCK®4 wireless controller serta versi cakera Blu-ray eksklusif dari permainan PS4 “God of War”. God of War Bundle akan tersedia pada harga RM 1,799 untuk seunit.

Playstation 4 Pro 2TB

Bagi model playstation 4 Pro 2TB pula, ia didatangkan dengan dua kali saiz storan berbanding model standard. Sekaligus, ia dilihat memiliki lebih banyak ruang untuk muat turun dan penyimpanan aplikasi. Ia membawakan tanda harga RM 1,949 seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here