Pemilik Torrent BT Paradise Dipenjara, Edar Fail Yang Dilindungi Hak Cipta

178
**********

 

 

Pengguna alam maya pastinya pernah mendengar aplikasi Torrent yang sangat popular khususnya untuk memuat turun video atau movie. Namun tindakan memuat turun dan memuat naik bahan yang dilindungi hak cipta merupakan salah di sisi indang-undang.

Tidak hairanlah pemilik laman Torrent BT Paradise yang merupakan antara laman sesawang yang paling popular di China telah dijatuhi hukuman penjara. Menurut laporan agensi tempatan, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda 800,000 yuan (RM484,360) atas pelanggaran hakcipta.

Pada dasarnya, memuat turun atau memuat naik fail dari torrent yang tidak mempunyai perlindungan hak cipta adalah tidak menyalahi undang, namun jika fail tersebut dilindungi, maka ia merupakan kesalahan mengedarkannya tanpa mendapat sebarang persetujuan. Ia turut disifatkan sebagai jenayah rompakan harta intelek.

Laman tersebut telah memperoleh lebih 1.4 juta yuan (kira-kira RM850,000) pendapatan daripada iklan dan mereka tidak mengenakan bayaran dalam setiap muat turun.

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here