OPPO Sahkan Sedang Bangunkan Teknologi Kamera Dengan 10x Zum

273
**********

OPPO telah mengesahkan bahawa mereka akan membangunkan kamera dengan 10x zum. Seperti spekulasi yang berlegar-legar, mereka akan menggunakan teknologi seperti periskop dan menggunakan 3 lensa.

Bagi mencapai 10x zum, ia mengabungkan 2 lensa iaitu lensa ultra lebar dan lensa telefoto. 1 prisma akan digunakan di antara 2 lesan tersebut dan akan bergerak seperti teleskop untuk memberi kesan 10x zum. Apa yang pasti, zum ini mempunyai fokus setara 35mm, dari 15.9-159mm. Lensa ketiga yang merupakan lensa utama bertujuan untuk mengambil gambar.

Dalam pada itu, teknologi 10x zum optikal hibrid ini memiliki lebih 100 paten R&D. Lebih menarik, ia telah diuji dengan ujian jatuh sebanyak 28,000 kali.

Selain itu, OPPO turut mengumumkan pengimbas cap jari dalam skrin yang bersaiz lebih luas yang mana ia adalah 15x lebih besar berbanding OPPO R17. Ia juga turut boleh mengimbas dua jari serentak. Menurut OPPO, teknologi ini akan tersedia pada peranti pada hujung tahun ini.

Menurut OPPO, kedua-dua teknologi ini akan diperlihatkan pada acara MWC 2019 bulan hadapan.

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here