OPPO Mendedahkan OPPO Find X 5G Prototype

463
**********

 


OPPO baru-baru ini mendedahkan Find X 5G Prototype buat pertama kalinya di 2018 China Mobile Global Partners Conference yang mana majlis tersebut dilaksanakan dari 6  sehingga 8 Disember di Guangzhou. OPPO berkata mereka akan bekerjasama dengan rakan industri di seluruh dunia untuk membangunkan ekosistem 5G yang baharu.

OPPO Find X 5G prototype ini direka dengan Snapdragon 855 and X50 5G modem yang menawarkan prestasi 5G yang menakjubkan. Ketika majlis tersebut, OPPO, Qualcomm dan Keysight Technologies Inc telah melakukan demonstrasi sambungan data 5G dan aplikasinya termasuklah melayari, memain video online dan panggilan video menggunakan Find X 5G prototype.

Sebagai pelopor bagi era 5G, OPPO sedang mengusahakan 5G standards, produk penyelidikan dan pembangunan dan eksplorasi aplikasi sejak dari tahun 2015 dan telah mengapai beberapa siri kejayaan.

Sebagai langkah jangka panjang, OPPO telah memperkenalkan konsep “5G+”, yang mana ia merupakan era yang memperlihatkan kesemuanya disambungkan. OPPO telah mula membangunkan beberapa produk pintar.

Dalam membangunkan ekosistem 5G, OPPO akan terus berkoloborasi dengan Qualcomm, syarikat rangkaian infrastruktur, pembekal perkhidmatan telekom dan rantaian pembekal yang lain.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here