OPPO F9 Jade Green Boleh Didapati Pada Harga RM1,199

187
**********

OPPO F9 diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos lalu dan siapa sangka, kemunculannya mendapat sambut hangat daripada pengguna di seluruh dunia! Penawaran spesifikasinya juga terlihat sangat canggih!

Bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna, OPPO telahpun memperkenalkan varian warna baru untuk model tersebut iaitu Jade Green. Kemasan warna baru ini dihasilkan bersempena meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

OPPO F9 Jade Green

Jade Green tampil menawan dengan membawakan tona warna cerun putih – hijau muda pada panel belakang bersama kemasan warna emas pada sisinya – diilhamkan daripada sumber alam semula jadi dan direka khas bagi mempesonakan setiap mata memandang. Untuk spesifikasi, OPPO masih mengekalkan ciri-ciri dalaman yang sama seperti sebelum ini.

Bagi yang berminat, OPPO F9 Jade Green dijual pada harga sangat berbaloi, RM1,199 (6GB+ 64GB). Sesi pra-tempahan boleh dibuat bermula HARI INI sehingga 11 Januari 2019 (melalui kedai konsep rasmi OPPO & OPPO Online Store) dan mendapatkkannya secara rasmi pada 12 Januari 2019! Ketersediaan adalah terhad. First comes, first serve!

__________________________

Baca Juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here