Motorola One Kini Tersedia Secara Eksklusif Di Shopee – Harga RM 799!

399

Anda peminat Motorola? Jika jawapannya ya, maka berita ini pasti menggembirakan anda! Kenapa? Kerana, Motorola kini ‘menggegarkan’ pasaran Malaysia dengan menawarkan Motorola One untuk semua pengguna tempatan!

Bagi yang berminat, kini anda boleh memilikinya pada harga sangat ‘kasih sayang’ iaitu RM799 SAHAJA (Harga asal : RM849). – Tersedia secara eksklusif di Shopee BERMULA HARI INI! Berminat untuk memilikinya satu? BELI MOTOROLA ONE DI SINI!

Motorola One Kini Tersedia Secara Eksklusif Di Shopee – Harga RM 799!

Motorola One adalah ahli baru di bawah keluarga Motorola dan ia merupakan model yang dioperasikan menggunakan Android One. Telefon pintar ini menampilkan skrin bersaiz 5.9 inci HD+ (720×1520) dan dijana oleh cip pemproses Snapdragon 625.

Motorola One

Melengkapinya adalah memori 4GB RAM + 64GB ROM (boleh dikembangkan melalui kad mikro SD), dwi kamera utama : 13MP + 2MP, kamera hadapan : 8MP dan bateri berkapasiti 3,000 mAh bersama sokongan pengecasan 15W TurboPower.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here