Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge (MDC) Tawar Hadiah Lumayan – USD3,200 Jadi Taruhan!

1190

Moonton yang juga pemaju Mobile Legends : Bang Bang mengumumkan bahawa telah mengadakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Diamond Challenge (MDC) untuk pemain Malaysia dan Singapura.

Kejohanan ini dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk UniPin dan MET Malaysia. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan – sebanyak USD3,200 menjadi taruhan. Butiran kejohanan adalah seperti berikut :

Butiran Tarikh
Pendaftaran 04 Februari – 17 Februari 2019 (Online)
Kelayakan 19 Februari – 24 februari 2018 (Online)
Pertandingan 25 Februari 2019 (Online)
Grand Finals 26 Februari 2019 (Online)

Kejohanan ini bakal menampilkan sebanyak 512 pasukan dan 8 teratas akan berentap di Playoffs – kejohanan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi, Mobile Legends Bang Bang. Maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi : Mobile Legends: Bang Bang dan MET Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here