Miliki Nokia 8.1 Pada Harga RM1,699 – Ketersediaan Bermula 18 Januari 2019!

284
**********

Berita baik buat peminat setia Nokia! HMD Global hari ini telahpun mengumumkan kemunculan sebuah lagi model terbaharu keluaran mereka untuk pasaran tempatan iaitu Nokia 8.1.

Nokia 8.1 menampilkan paparan skrin bersaiz 6.18-inci PureDisplay, dijana oleh cip pemproses Snapdragon 710 dan dibantu memori sebesar 4GB RAM bersama storan dalaman 64GB.

Melengkapinya, kamera utama : 12MP + 13MP (dilengkapi lensa Zeiss bersama sistem penstabilan imej optikal), kamera hadapan : 20MP dan bateri berkapasiti 3,500 mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W.

Kamera Utama : 12MP + 13MP (Dilengkapi Lensa Zeiss – Sistem Penstabilan Imej Optikal)

Tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu biru dan perak, Nokia 8.1 ditawarkan di Malaysia pada tanda harga 1,699 seunit – Ketersediaan bermula 18 Januari 2019 di semua pengedar sah Nokia. Jangan lupa tanda kalendar anda dan kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut! 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here