Miliki HONOR Watch Magic Pada Harga RM599 – Ketersediaan 26 Januari 2019

406
**********

Sering dengan pelancaran HONOR View20, syarikat tersebut turut tidak ketinggalan melancarkan jam pintar terbaharu keluaran mereka iaitu HONOR Watch Magic – hadir dengan monitor degupan jantung menggunakan TruSeen 3.0.

[BACA : Rasmi! HONOR View20 Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM1,999 – Ketersediaan 26 Januari 2019 ]

HONOR Watch Magic memiliki paparan bulat bersaiz 1.2 inci bersama panel AMOLED (390 x 390 piksel) dengan kepadatan piksel 326 ppi. Ia dioperasikan pada antaramuka jam dibangunkan oleh HONOR sendiri.

Jam pintar ini mempunyai diameter bersaiz 42.8 x 42.8 x 9.8mm beserta berat sebanyak 32.5 gram. Ianya juga dibina dengan menggunakan bahan keluli tahan karat 316L. Memori sebesar 16MB RAM + 128MB ROM.

Melengkapinya, bateri berkapasiti 178 mAh dengan ketahanan selama tujuh hari. Selain itu, ia turut mempunyai pensijilan 5ATM (boleh digunakan untuk memantau data berenang sehingga kedalaman 50 meter).

HONOR Watch Magic Mempunyai Pensijilan 5ATM

HONOR Watch Magic juga dilengkapi dengan beberapa fungsi kesihatan lain menarik termasuklah :  mod sukan berganda dan pengesanan tidur melalui ciri Trusleep 2.0. Terdapat juga, ciri pengesanan lokasi seperti GPS, GLONASS, dan Galileo.

[BACA : Dapatkan Hadiah Premium Pada Jerayawara HONOR View20 @ 26hb ~ 27hb Jan! ]

Tersedia dalam dua pilihan warna berbeza iaitu Lava Black dan Moonlight Silver, HONOR Watch Magic boleh didapati pada harga RM599 seunit. Bagi yang berminat, ketersediaan bermula 26 Januari 2019.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here