Meriahkan Tahun Baru Cina Dengan Siri HUAWEI Mate 20 – 8 Ciri Ini Bakal Buat Raya Anda Luar Biasa!

354
**********

Memandangkan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi, ayuh ramai-ramai meriahkan perayaan anda tahun ini bersama telefon pintar terbaik masa kini iaitu siri HUAWEI Mate 20!

Paling penting, telefon ini dilengkapi teknologi canggih yang mungkin anda tidak dapat temui dalam peranti lain. Berikut kami senaraikan 8 ciri siri HUAWEI Mate 20 yang pastinya memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina anda ke tahap luar biasa!

 

#1 : Aplikasi Model 3D – Kejutan Buat Kanak-Kanak

Apa yang pasti bila berkumpul untuk beraya, kita akan berjumpa sanak-saudara termasuk kanak-kanak. Bingung hendak buat apa untuk melayan mereka? Jangan risau! HUAWEI Mate 20 Pro menyokong aplikasi Model 3D. Melaluinya, ia bakal membawakan keceriaan untuk semua! Imbas sahaja anak patung kegemaran mereka, ia akan muncul di skrin dan bermainlah bersamanya!

 

#2 : Lensa Bersudut Lebat (Ultra-Wide Angle) – Tangkap Kesemuanya Dalam Satu Foto

Dengan siri HUAWEI Mate 20 baru best nak bergambar ramai-ramai. Kelebihan lensa bersudut lebar pada HUAWEI Mate 20 Pro merupakan terbaik untuk korang yang suka bergambar ramai-ramai. Dengan telefon ini, lepas ni anda tidak perlu risau lagi sebabnya semua orang akan masuk dalam gambar dan tidak ada lagi yang tertinggal! Kualiti pun memang terbaik!

 

#3: Sokongan Reversible Wireless Charging – Tidak Perlu Powerbank Lagi

Dengan siri HUAWEI Mate 20 juga anda boleh menjadi hero kepada sanak-saudara ketika musim perayaan ini! Biar betul? Ya! Mate 20 Pro menyokong pengecasan berbalik tanpa wayar yang boleh berfungsi sebagai powerbank! Letak sahaja telefon di belakang Mate 20 Pro dan yeay! Ia mengecas.

 

#4: AI Calorie Counter  – Penjagaan Kesihatan Tetap Terjaga

Percaya atau tidak anda boleh beraya sambil jaga kesihatan? Ya! Dengan siri HUAWEI Mate 20, anda tidak perlu risau kerana kesihatan anda juga pasti terjaga. Mate 20 Pro dilengkapi ciri AI Calorie Counter yang membolehkan anda ketahui kiraan kalori makanan dengan kadar segera!

 

#5: HUAWEI Share – Kongsi Fail Sepantas Kilat

Tak lengkap rasanya kalau beraya tanpa ambil gambar sebagai kenang-kenangan kan! Ingin berkongsi foto raya dengan lebih pantas? Jangan risau, siri Mate 20 ada penyelesaiannya! Melalui HUAWEI Share 3.0, kini anda boleh berkongsi apa sahaja dengan hanya satu klik!

 

#6: NFC – Memudahkan Urusan Harian Anda

Sehingga kini, peranti yang menggunakan NFC semakin bertambah. Siri HUAWEI Mate 20 juga menyokong sokongan sistem NFC yang pastinya akan memudahkan kehidupan anda terutamanya ketika musim perayaan ini.

 

#7 : AI Potrait Colour – Warnai Dunia Dengan Gaya Tersendiri

Ingin cipta kenangan indah yang tidak dapat dilupakan? Siri HUAWEI Mate 20 menyokong fungsi AI portrait colour – ciri di mana anda boleh menghasilkan imej bewarna serta hitam dan putih dalam satu shot.

Apabila anda mengaktifkan fungsi ini , subjek yang anda ikuti tetap berwarna tetapi latar belakang akan berada dalam warna hitam dan putih. Ianya amat sesuai untuk anda merakam momen-momen indah dengan cara tersendiri!

 

#8 : Smart Home – Kawal Segalanya Dengan Satu Klik

Bagaimanakah anda dapat menguruskan perkakas rumah dengan hanya satu klik? Siri HUAWEI Mate 20 ada jalan penyelesaiannya – Smart Home. Melaluinya, kini anda boleh pelbagai kawal peralatan elektrik di rumah dengan hanya satu KLIK!

Haaa…Berkenanlah tu! Bagi yang berminat anda boleh memiliki siri HUAWEI Mate 20 dengan klik pada PAUTAN INI. Terdapat juga pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan! Beli jangan tak beli oi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here