Reviu Eksklusif: Mencapai Kepuasan Bermain Game Menerusi Razer Phone 2

467
**********

Sudah pastinya bagi peminat telefor pintar gaming akan mengenali jenama telefon gaming yang popular ini, Razer. Sebelum ini Razer telah mengeluarkan model telefon gaming iaitu Razer phone dan kini 1 lagi peranti gaming terbaharu yang dikenali sebagai Razer Phone 2 pastinya memberikan penambahbaikkan daripada model terdahulu.

Pakej pembelian

Bagi setiap pembelian, anda akan menerima telefon Razer Phone 2, Pengecas, Audio Adapter, manual penggunaan, sticker dan sim ejector.

Rekaan Yang Eksklusif

Dari segi luaran, ia masih menggunakan rekaan yang sama iaitu berpetak dan bucu tajam. Perasaan dan rasa ketika menggunakannya berbanding model yang terdahulu adalah lebih kurang sama sahaja.

Di bahagian kiri telefon ini disertakan dengan butang pelarasan suara yang mampu mengawal kelantangan suara telefon ini.

Di bahagian kanan pula disertakan dengan butang kuasa. Turut disertakan sekali pada telefon ini ialah pengecaman cap jari.

Di bahagian bawah telefon ini pula disertakan dengan port pengecasan USB type-C.

Speaker pula dihadirkan pada bahagian atas dan bawah skrin di hadapan bagi memberikan lebih kepuasan.

Kemasan kaca di bahagian belakang adalah terasa lebih premium dan selesa. Namun cap jari amat mudah kelihatan. Razer turut menyertakan pengecasan tanpa wayar pada bahagian belakang telefon ini. Apa yang pasti lampu RGB pada logo di bahagian belakang turut memberikan perasaan yang berbeza.

Lampu RGB di bahagian belakang turut memberikan perasaan yang berbeza.

Spesifikasi

Spesifikasi telefon ini pastinya berada tahap yang berbeza berbanding telefon-telefon gaming yang lain. Telefon ini menggunakan Snapdragon 845 dan disertakan dengan 8GB RAM dan storan 64GB. Apa yang pasti, ia turut disertakan dengan slot memori tambahan sehingga 1TB. Sistem operasi telefon ini masih menjalankan sistem operasi yang sama iaitu Android 8.1. Ia juga mempunyai fungsi kalis air IP67 yang akan memberikan anda perasan rasa selamat ketika telefon anda terkena percikan air. Berikut ialah sepesifikasi penuh telefon ini:

Razer Phone 2

Sistem Operasi

Android 8.1

Pemproses

Qualcomm® Snapdragon™ 845 (2.80 GHz) dengan Adreno 630 GPU

GPU

Mali-G76 MP10

Paparan

5.72-inci IGZO LCD 1440 x 2560

120Hz

Teknologi UltraMotion

Corning Gorilla Glass 5

Multi-touch

Perlindungan anti cap jari

Memori

8GB RAM + 64GB ROM

Memori Tambahan sehingga 1TB

Bateri

Bateri 4000 mAh lithium-ion

Qualcomm QuickCharge 4.0+

Pengecasan tanpa wayar

Pengambaran

Kamera Utama
Wide: Lensa f/1.75 dengan 12MP dan OIS

Telephoto: Lensa f/2.6 dengan 12MP

Dwi PDAF (Phase detection Autofocus)

Dwi tone, dwi LED flash

Kamera Hadapan
Lensa
f/2.0 dengan 8MP

Rakaman Video

4K UHD

Harga

RM3449

Paparan Yang Terbaik

Paparan telefon ini pastinya berada dalam kelasnya yang tersendiri kerana ia menyokong 120Hz. Ia juga lebih dikenali dengan nama Ultra motion display. Berbanding sebelumnya, ia menyokong HDR move yang mana ia akan memberikan tontonan yang lebih baik kepada pengguna. Ia juga lebih terang sebanyak 50% berbanding model terdahulu. Hal ini turut disokong dengan saiz skrin iaitu 5.72 inci dengan nisbah 16:9.

Sistem Penyejukkan Yang Boleh Diharap

Sistem penyejukkan baharu, Vapor Chamber Cooling System yang bertujuan untuk menyejukkan cip telefon ini apabila bermain game dengan lama seperti Mobile legend, PUBG dan sebagainya pasti akan menghindarkan anda mengalami masalah ketika bermain game.

Speaker Yang Terbaik Bagi Peranti Terbaik

Speaker telefon ini sudah tidak dapat disangkal lagi merupakan antara yang terbaik di pasaran. Kelantangan telefon ini adalah sangat jelas dan kemas. Disertakan dengan Dolby Atmos 5.1 lebih kuat. Jadi ketika anda bermain game, ia pastinya memberikan satu keterujaan bunyi yang anda tidak dapat pada peranti gaming yang lain.

Daya Tahan Bateri Yang Lama

Peranti ini disertakan dengan kapasiti sebanyak 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+. Jadi anda tidak akan mengalami masalah seperti bateri cepat habis ketika bermain telefon ini.

kami telah menguji kadar kepantasan pengecasan telefon ini. Kami telah mula mengecas telefon ini pada jam 2.22 petang bermula dari 8% dan ia telah mencapai 97% pada jam 4.08.

Lampu RGB Yang Menarik

Logo Razer di bahagian belakang ini disertakan dengan lampu RGB yang memberikan perasaan berbeza ketika pengguna menggunakan telefon ini.

Anda boleh mengubah warna dan patern RGB ini dengan melakukan tetapan di aplikasi Chroma. Anda juga boleh menyelaraskan notifikasi yang diterima dengan lampu RGB ini.

Sistem Keselamatan

Bagi peranti ini, anda boleh menggunakan tetapan pengecaman cap jari. Caranya mudah sahaja. Anda pergi ke Security & location. Pilih Fingerprint dan lakukan tetapan cap jari anda.

Apa yang unik mengenai telefon ini ialah Smart Lock. anda boleh membuat beberapa tetapan seperti on-body detection yang mana anda boleh membuka telefon anda ketika peranti bersama anda. Anda hanya perlu memasukkan pin sekali sahaja.

Anda juga boleh melakukan tetapan seperti mengunci telefon anda di lokasi-lokasi tertentu. Anda perlu pilih trusted places dan tambah lokasi pada add trusted place.

Razer Cortex mobile

Bagi yang menggunakan peranti ini untuk bermain game, ini pastinya membantu. Anda boleh mengetahui game yang popular yang boleh dimuat turun di bahagian featured.

Anda juga boleh mempertingkatkan prestasi permainan anda di game booster.

 

Kamera Yang Tidak Mengecewakan

Dari aspek kamera pula ia berada pada kelas yang tersendiri. Telefon ini menggunakan sensor Sony IMX 12MP. Bagi kamera hadapan pula, ia disertakan dengan 8MP. Telefon ini turut disertakan dengan OIS yang mana mampu merakam video 4K dan gambar.

Anda boleh mengambil beberapa mode menggunakan telefon ini seperti Photo, Potrait, Beauty dan video. Berikut merupakan hasil gambar menggunakan kamera peranti ini.

Ujian

Kami telah menjalankan beberapa siri ujian ke atas telefon ini bagi menguji prestasinya. Berikut merupakan hasil yang diperoleh daripada ujian tersebut. Nyata prestasinya tidak mengecewakan.

#AnTuTu Benchmark

#Geekbench 4

Kebaikan

  • Paparan yang menyokong sehingga 120Hz pasti memberikan kesan grafik dan kekemasan paparan yang terbaik.
  • Sistem bunyi yang lantang dan kuat memberikan kepada pengguna satu kepuasan ketika bermain.
  • Bateri yang mampu untuk bertahan lama dan dicas dengan sangat pantas.
  • Sistem keselamatan yang diyakini.

Kelemahan

  • Bahagian belakang yang diperbuat daripada kaca memudahkan cap jari kelihatan.
  • Ia agak cepat panas berbanding peranti gaming yang lain.

Ulasan

Secara keseluruhannya, telefon ini adalah sangat efisen khususnya dalam memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game. Dilengkapi dengan paparan yang terbaik yang mampu menyokong sehingga 120Hz dan sistem bunyi yang lantang pastinya akan membuatkan anda teruja setiap kali bermain game pada peranti ini. Ditambah dengan kapasiti bateri yang mampu untuk bertahan lama dan lampu RGB pada logo di belakang yang mampu memberikan 1 perasaan yang mengujakan ketika bermain.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here