Maxis Bersama Dooit Live Melancarkan Kempen CNY – Berpeluang Memenangi Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM188,000!

495
**********

Demi mengeratkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina ini, Maxis telah menganjurkan satu kempen melalui permainan mudah alih yang paling hangat pada tahun 2019 – Dooit Live.

Melalui kerjasama Dooit Live, Maxis akan menganjurkan 16 sesi permainan langsung dari 4 hingga 19 Februari dengan memaparkan 11 soalan bertemakan Tahun Baru Cina yang diketahui semua rakyat Malaysia.

Dooit Live adalah aplikasi permainan trivia yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple Store. Setiap permainan berlangsung pada waktu tertentu setiap hari, di mana hos permainan akan bertanya 11 soalan pilihan berganda yang meningkat kesukarannya.

Waktu Permainan:
  • 04/02/2019 – 9pm
  • 05 ~ 19/02/2019 – 12pm

Anda harus menjawab semua soalan dengan betul dalam masa 10 saat untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM188,000. Jumlah hadiah wang yang ditawarkan kemudiannya dikongsi antara jumlah pemain yang telah menang.

Lebih seronok lagi, untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa soalan yang akan dipaparkan bagi meningkatkan peluang untuk menang, anda boleh menonton ‘Maxis Presents: Clash of Clans’ mulai sekarang.

 

__________________________________________

Tawaran Promosi CNY 2019 ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here