Laporan DxOMark Tahun 2018 – Huawei P20 Pro Tetap Menjadi Raja Penggambaran!

182
**********

Ramai pengguna lebih menumpu pada kualiti kamera apabila ingin membeli peranti pintar, jadi DxOMark sebagai sebuah media terkenal yang menawarkan penilaian untuk kamera, baru-baru ini telah memberikan laporan ujian sepanjang tahun 2018.

DxOMark Mobile overall Score

Menurut apa yang dikongsikan, sebanyak 31 peranti pintar telah diuji dan buat pertama kalinya sebanyak 8 peranti pintar berjaya mendapat lebih daripada 100 skor penilaian, antaranya Google Pixel 3, iPhone XR, Huawei P20, Xiaomi Mi MIX 3, Samsung Galaxy Note 9, HTC U12+, iPhone XS Max dan Huawei P20 Pro.

Photo Score

Huawei boleh dikatakan mendapat kejayaan yang besar pada tahun 2018, kerana P20 Pro selain menduduki di tangga pertama bagi “Mobile overall Score” dan “Photo Score”, bahagian “Video Score” juga berjaya berada di takhta tertinggi bersama Google Pixel 3 dengan mendapat 98 skor, diikuti oleh iPhone XR dan iPhone XS Max.

Video Score

Selain itu, DxOMark turut berkata peranti pertengahan seperti vivo X20 Pro, Smartisan Pro 2S dan ASUS ZenFone 5 juga mempunyai kualiti penggambaran yang memuaskan.

 

Tahun 2018 DxOMark juga telah berpindah ke pejabat baru, meh tengok set-up mereka!

 

[ SUMBER ]

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here