**********

Pada zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi pastinya membuatkan anak-anak leka dengan gajet. Kadang-kala panggilan yang dibuat oleh ibu bapa tidak dijawab akibat sedang leka bermain permainan mudah alih.

Justeru seorang bapa yang prihatin dari Amerika Syarikat, Nick Herbert berusia 45 tahun sedar akan masalah ini dan telah membina satu aplikasi iaitu ReplyASAP. Aplikasi yang mengambil masa selama 8 bulan untuk dibangunkan dan ini pastinya memudahkan proses pemantaun ibu bapa.

Dengan memuat turun aplikasi ini, ibu bapa dapat memantau tindak-tanduk anak-anak mereka. Jika panggilan telefon tidak dijawab oleh mereka, maka telefon mereka akan tertutup dengan sendirinya. Satu cara sahaja untuk telefon tersebut kembali seperti sediakala adalah dengan menghubungi kembali ibu bapa mereka.

Jadi bagaimana cara untuk melakukan tetapan bagi aplikasi ini. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah ini:

  • Muat turun Aplikasi ini di Play Store atau Apps Store. Muat turun adalah secara percuma.

  • Setelah membuka aplikasi ini, anda perlu mengisi butiran peribadi dan mendaftar akaun ReplyASAP.

  • Satu kiriman pengesahan akan dihantar kepada nombor yang anda masukkan dalam ruangan butiran.

  • Anda kemudian boleh memasukkan nombor telefon pengguna yang ingin anda pantau. Anda boleh memilih nombor telefon daripada contact list atau anda juga boleh memasukkannya secara manual.

  • Setelah selesai, anda boleh memilih level yang boleh anda gunakan. Level ini berperanan melihat berapa ramai pengguna yang boleh dihubungkan. Bagi Bronze sebanyak 1 orang dan amaun yang perlu dibayar adalah £0.99 (kira-kira RM5.17).
  • Level Silver pula sebanyak 4 orang yang boleh dihubungkan dan perlu dibayar sebanyak £2.49 (kira-kira RM13.01).
  • Level Gold pula membolehkan anda berhubung dengan 10 orang dan perlu membayar sebanyak £6.99(kira-kira RM36.53).
  • Level yang terakhir ialah Platinum yang mana anda boleh berhubung dengan 20 orang dengan hanya perlu membayar sebanyak £12.99 (Kira-kira RM67.89)

  • Setelah semua langkah selesai, anda boleh menghubungi anak-anak anda. Pastinya mereka akan memberi respond ketika anda menghubungi mereka.

Sejak aplikasi ini mula dilancarkan, ia sudah dimuat turun sebanyak 75 ribu. Jadi apa tunggu lagi, ini pastinya berita baik buat anda dan mimpi ngeri buat anak-anak. Selepas ini sudah tiada alasan untuk mereka tidak membalas pesanan daripada anda.

__________________________

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here