**********

Siapa yang tak suka nampak cantik? Semua orang suka! Eh, betullah. Haa, jangan ingat kami tak tahu, korang tangkap gambar banyak-banyak 📸📸 tapi, sekeping dua je yang post dekat media sosial. Kan? Baik mengaku. Hiks!

via GIPHY

Tak apa, chill semua! Mehh…kami nak kongsikan beberapa ‘posing’ yang agak awesome serta unik untuk korang nampak lebih menyerlah, menawan, lawa dan manis dipandang dalam gambar OOTD…ekeke!

 

📸 Pandang Kamera 📸

Pandang secara terus pada kamera adalah cara terbaik untuk memaparkan keyakinan korang ketika ber-OOTD. Cuba pandang secara tepat ke lensa bersama senyuman paling manis untuk nampak lebih gojes! Dannn…Snap! 📸

Pandang Kamera

 

 📸 Pegang Lengan 📸

Tangan nampak janggal, kalau korang tak tahu macam mana untuk bergaya. Jadi, apa kata korang cuba sentuh lengan. Bagaimana? Sentuh sekitar bawah lengan / pergelangan tangan pun dah okay. Kalau nak lagi menarik, gunakan aksesori lain sebagai alternatif!

Pegang Lengan

 

📸 Bersandar 📸

Tak pasti apa yang perlu dilakukan? Bersandar sahaja! Cuba pilih tempat menarik seperti dinding atau di mana-mana, kemudian bersandar. Jangan lupa, tambah lirikan mata paling menawan untuk nampak lebih dramatik! 😂😂😂

Bersandar

 

📸 Silang Kaki 📸

Sengetkan sedikit badan ke arah sisi sambil silang kaki. Jangan lupa, jengkekkan sedikit kaki luar dan posisikan tangan pada gaya yang korang selesa. Bukan setakat lawa, confirm nampak kurus!~

Silang Kaki

 

 📸 Duduk Santai 📸

Duduk juga merupakan cara terbaik untuk mengambil OOTD yang menarik. Cuba cari persekitaran yang anda rasa boleh berinteraksi dengannya dan klik! 📸 Korang pasti kelihatan lebih santai!

Duduk Santai

 

TAPI…SABARRR…

Kalau nak gambar lagi POWERRR, kami ada idea terbaik untuk korang! Tadaaa! HONOR View20 adalah pilihan paling tepat untuk korang. Nak kurus ke, tinggi ke, flawless ke, semua tak ada hal beb! Tak payah susah-susah guna apps lagi. Fuh! Jom kita tengok apa yang menarik mengenainya :

 

📸 HONOR View20 📸

HONOR View20 membawakan paparan IPS LCD bersaiz 6.4 inci FHD+ (2310 x 1080) dan mengikut trend terkini apabila hadir dengan rekaan lubang kecil bagi menempatkan kamera swafoto beresolusi 25MP.

[BACA : Rasmi! HONOR View20 Boleh Didapati Pada Harga Bermula RM1,999 – Ketersediaan 26 Januari 2019 ]

Melengkapinya, cip Kirin 980 (Dual NPU) digabungkan bersama pilihan memori 6/8GB RAM dan ruangan storan 128/256GB. So, korang boleh lah simpan gambar beribu-ribu, tak payah susah-susah padam! Snap dan terus snap!

Kamera utama 48MP (Sony IMX 586) dibantu lensa ToF 3D dalam kedudukan berasingan – ada fungsi best tahu…3D body shaping – buatkan yang gemuk jadi kurus, yang pendek jadi tinggi. What?! Memang padu!

Kamera hadapan pun tak mengecewakan sebab telefon ni ditanamkan dengan sensor sebesar 25 MP bersama fungsi beauty mode. So, ia akan mencantikkan lagi wajah korang walaupun tanpa make up! Fungsi HDR pun ada pada kamera hadapan. Whoaaa!

Selain tangkap gambar, korang pun boleh rakam video terbaik! Bukan calang-calang okay, telefon ini mampu merakam video pada resolusi tertinggi 4K dan lebih best, rakaman gerak perlahan boleh dibuat sehingga 960fps! Wohoo!

Hasil Gambar : Fungsi 3D Body Shaping

Spesifikasi lain termasuk, bateri 4,000mAh yang disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W untuk pengecasan semula yang superb. Haaa…Amacam? Suka tak? Mestilah suka kan! 😂😂 Ayuh, ramai-ramai hiasi warna-warni gambar korang dengan HONOR View20!

[BACA : Reviu Eksklusif : HONOR View20 – Peranti Raksasa Pengubah Dunia Telefon Pintar ]

[BACA :  Dapatkan Hadiah Premium Pada Jerayawara HONOR View20 @ 26hb ~ 27hb Jan! ]

Bagi yang berminat, telefon pintar ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499. Ketersediaan bermula 26 Januari 2019. Maklumat lanjut, KLIK PAUTAN INI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here