[ Kemaskini Perisian ] ASUS ZenFone Max Pro M2 & Max M2 – Fokus Pada Penambahbaikan Kamera

519
**********

Pasaran Malaysia baru sahaja menyambut ketibaan ASUS ZenFone Max Pro M2 pada Disember yang lalu, walaupun Max M2 bakal tiba pada esok (11 Jan) namun mengikut sumber ASUS telah mengedarkan kemaskini perisian yang lebih fokus pada penambahbaikan kamera untuk kedua-dua peranti ini.

Hasil gambar dari lensa ZenFone Max Pro M2

Patch untuk Max Pro M2 kali ini tumpu pada penambahbaikan antaramuka kamera dan memperbaiki noise reduction pada Radio FM, ciri AI baharu mungkin juga akan turut serta. Bagi Max M2 pula, ia akan menerima sokongan EIS untuk kamera swafoto dan sensor pengimbas cap jari juga akan mendapat penambahbaikan.

Kemaskini ini akan diedarkan melalui OTA secara berperingkat, jadi pengguna ASUS sabar menunggu giliran anda ya.

[ SUMBER ]

_______________________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here