Kemas Kini Android 9 Pie Mula Diedarkan Pada OnePlus 5 & 5T

226
**********

Peranti OnePlus 5 dan 5T baru-baru ini telah bermula menerima kemas kini Android Pie versi stabil bagi pengguna di China.

Berita ini mendapat pengesahan dari forum rasmi OnePlus, di mana sudah ada beberapa pengguna menerima fail perisian Hydrogen OS 9.0.1 yang berasakan Android Pie telah hadir pada peranti mereka. Menurutnya, fail kemas kini ini memerlukan ruangan storan sebesar 2GB.

Bilakah pengguna OnePlus selain China akan mendapat kemas kini pada masa terdekat, buat masa ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin tidak lama lagi?

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here