Jemput “Makan” Pie – HONOR 8X Bakal Menerima Kemas Kini EMUI 9.0

992

HONOR baru-baru ini telah memperkenalkan logo dan slogan baharu mereka iaitu ‘HONOR My World’, selain itu juga memperkenalkan warna baharu Phantom Blue bagi HONOR 8X. Versi baru ini menampilkan warna biru – purple pada bahagian belakang bersama kemasan kebiru-biruan pada sisinya.

[ 7 Sebab Kukuh Anda Tidak Akan Menyesal Beli HONOR View20 – Part Last Paling Best! ]

Peranti ini menjadi salah satu pilihan yang berbaloi untuk dimiliki, disebabkan harga mampu milik dan spesifikasi terbaik dalam kelasnya. Ramai peminat tertanya-tanya bilakah HONOR 8X akan menerima kemas kini Android Pie, dan ia terjawab dengan pengumuman program pengambilan penguji EMUI 9.0 beta bagi model ini baru-baru ini.

Ini bermakna HONOR 8X bakal menerima kemas kini EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie tidak lama lagi. Program ini ditawarakan kepada Malaysia, India, Jerman, Itali dan Perancis, sekiranya anda berminat boleh mendaftar mulai hari ini.

[ Eksklusif Hands-On: 8 Soal Jawab Mengenai HONOR 10 Lite, Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli? ]

 

honor 8X – Apa kelebihannya?! ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here