HUAWEI Nova 4 Bakal Tiba Di Malaysia Pada 16 Januari 2019!

590
**********

Mula diperkenalkan secara rasmi di China sekitar bulan Disember lepas, kehadiran HUAWEI Nova 4 berjaya mencuri perhatian para peminat gajet di seluruh dunia termasuk Malaysia!

Ekoran sambutan luar biasa tersebut, HUAWEI hari ini menyampaikan berita baik dengan mengumumkan bahawa peranti tersebut bakal tiba secara rasmi di Malaysia pada 16 Januari ini!

Nova 4 merupakan peranti pertama HUAWEI yang menyokong paparan lubang kecil pada skrin hadapan. Ia menampilkan skrin berukuran 6.4 inci bersama resolusi 2310 x 1080 piksel dan dijana oleh cip pemproses Kirin 970.

[ BACA JUGA : HUAWEI Nova 4 Rasmi – Rekaan Skrin Berlubang, Kirin 970, Kamera 48MP]

Ia dibantu oleh memori sehingga 8GB RAM beserta storan dalaman sehingga 128GB. Lebih menariknya lagi, ia juga membawakan sistem tri-kamera – salah satunya dilengkapi sensor Sony IMX586 beresolusi 48MP.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here