**********

Pernahkah anda bayangkan betapa seronoknya memiliki telefon pintar serba sempurna dengan spesifikasi terkini? Bagaimana selesanya dapat melakukan kerja di mana-mana tanpa perlu membawa beg besar mengandungi komputer riba yang berat? Betapa bergayanya kehidupan apabila kesihatan diri terjaga dengan rapi? Semuanya boleh dijawab dengan Huawei Best Mate: Mate 20 Pro, MateBook X Pro dan Watch GT!

Tidak kira di manapun anda berada – sama ada di pejabat mahupun di luar sedang beriadah, ketiga-tiga produk ini amat sesuai untuk dimiliki kerana ia sememangnya mempunyai teknologi yang pasti memudahkan urusan harian anda. Ini betul-betul ya, bukan gurauan! Bahkan, dengan memilikinya kini anda sentiasa berada di hadapan berbanding yang lain.

Keseronokan Tanpa Batasan,
Mate 20 Pro Beri Kepuasan Berganda

Dalam dunia serba moden ini, memiliki telefon pintar yang sempurna merupakan impian dan idaman setiap orang. Tambahan pula, jikalau spesifikasi dan prestasi yang ditawarkan memang cukup ‘padu’, pasti ramai yang berebut-rebut nak mendapatkannya, kan?

Almaklumlah, sekarang ni telefon pintar tidak hanya terhad untuk komunikasi semata-mata. Sebaliknya, ramai juga yang menggunakannya untuk mengambil gambar, bermain game, berniaga online dan sebagainya. Tapi, apa agaknya model yang memiliki kesempurnaan tiada tandingannya ya?

Jawapannya, sudah tentulah Huawei Mate 20 Pro! Peranti ini menjadi salah satu pencapaian terbaik Huawei dalam usaha mencipta inovasi fotografi telefon pintar ke tahap yang lebih baik, malah juga merupakan sebuah telefon yang cukup kukuh, baik dari segi spesifikasi, prestasi dan rekaan yang menawan.

Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.39 inci bersama panel OLED dan cip pemproses Kirin 980, anda pasti akan berpuas hati dengan telefon ini. Tambahan pula, rekaan yang sangat ergonomik daripada setiap sudut dan panel belakang dilitupi dengan lapisan Hyper Optical Multi Pattern menjadikannya sangat selesa berada di telapak tangan.

Mate 20 Pro juga merupakan “Raja Kamera”! Mana tidaknya, ia menerima sentuhan Leica yang bukan sahaja hadir dengan pakej lengkap malah menepati keperluan pengguna menerusi teknologi AI yang menjanjikan hasil rakaman gambar setanding kamera professional.

Direka dengan senario berbeza, kanta RGB 40MP utama mampu menangkap butiran pada setiap gambar dengan  jelas. Kanta telefoto 8MP akan memberi tumpuan pada penangkapan jauh manakala Leica Lens 20MP pula cukup sempurna untuk menangkap gambar lebih luas walaupun pada ruang yang sempit.

Hasil Gambar: Mate 20
Hasil Gambar: Mate 20 Pro
Hasil Gambar: Mate 20 Pro

Dengan kemampuan ini, confirm! Lepas ni, semua orang boleh menangkap gambar seperti pakar fotografi professional! Jangan risau tentang kualiti gambar sebab memang cukup jelas dan cun melecun hinggakan rambut boleh dikira satu persatu! Memang awesome kan?!

Kepada yang pentingkan kalori dalam menjaga diet pemakanan, Mate 20 Pro juga boleh membantu proses diet anda! Bagaimana?

Melalui teknologi Huawei HIVision, ia membolehkan anda mengetahui kadar kalori yang ada pada makanan di hadapan anda dengan kadar segera. Hebat kan? So, risau apa lagi?

Yang lebih bestnya lagi, Mate 20 Pro juga pasti membuatkan anda lupa mengenai powerbank! Kerana ia dilengkapi pakej sempurna antaranya bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W (kebolehan mengecas sehingga 70% bateri dalam tempoh 30 minit).

Malah, anda juga boleh menjadi ‘hero’ kepada rakan-rakan yang kehabisan bateri di waktu sangat memerlukan, kerana Mate 20 Pro menyokong ciri Wireless Reverse Charging (sokongan output 15W) sekaligus boleh berfungsi sebagai powerbank untuk peranti lain! Wah, bestnya!

Tidak ketinggalan, Huawei turut memperkenalkan aplikasi ganjaran istimewa untuk pelanggan Siri Mate 20 serta Huawei P20 di mana masing-masing dinamakan sebagai Huawei Mate 20 VIP dan Huawei VIP.

Aplikasi ini menyediakan tawaran hebat daripada pelbagai kategori termasuklah hiburan, perkhidmatan perjalanan, makanan dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut? Boleh klik terus di SINI.

Dah habis baca? Secara jujurnya, siapa yang tidak suka diskaun kan? Jadi tunggu apa lagi? Sambil-sambil tu boleh juga nikmati ganjaran lumayan ni kan?

 

Hidup Itu Kerja, Kerja Itu Travel
MateBook X Pro, Cipta Pengalaman Kerja Lebih Santai

Sekarang bukan masanya untuk membawa komputer riba yang besar dan berat untuk ke mana-mana lagi! Huawei MateBook X Pro adalah Best Mate anda! Memiliki berat sebanyak 1.33kg, menjadikan ia antara komputer riba ternipis yang pasti memudahkan anda untuk membawa ke mana-mana sahaja!

Bagi menambahkan keterujaan anda, ia merupakan komputer riba pertama di dunia yang hadir dengan paparan sentuh Fullview, dengan resolusi 3K dan mempunyai reka bentuk yang hampir tiada bingkai (nisbah skrin-ke-kerangka 91%).

Apa yang lebih mengujakan lagi, privasi anda juga akan lebih terjaga dengan HuaweiBook X Pro! Kenapa? Kawalan sekuriti yang lebih baik ang mana kamera tersembunyi di dalam butang pada papan kekunci, anda tidak perlu lagi menampal sebarang pelekat pada kamera untuk keselamatan!

Huawei MateBook X Pro juga mempunyai pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa. Melalui fungsi ini, anda boleh mengakses masuk dengan satu sentuhan kuasa sahaja yang lebih menjimatkan masa berbanding menaip kata laluan. Fungsi sebegini amat sesuai bagi mereka yang sering lupa kata laluan kan? Sentuh je, dah masuk~

Proses pemindahan data juga jauh lebih mudah dengan Huawei Share yang ada pada MateBook X Pro, yang mana anda boleh memindahkan pelbagai data secara langsung tanpa kabel.

Selain itu, teknologi suara Dolby Atmos yang disertakan pada empat speaker MateBook X Pro pasti memberikan pengalaman audio yang mengagumkan buat anda! Ia juga boleh dikustom mengikut kehendak!

 

Huawei Watch GT
Peneman Setia Menguruskan Aktiviti Harian Anda 

Suka bersenam? Jangan biarkan senaman anda sia-sia, sayang peluh meleleh-leleh tapi langsung tak ada makna. Buang masa dan tenaga sahaja! Tapi… Dengan Huawei Watch GT kini segalanya tak akan sia-sia lagi! Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa kan?

Huawei Watch GT sesuai dijadikan peneman yang bagus ketika bersenam kerana ianya dilengkapi sensor kadar jantung menggunakan Truseen 3.0 – menjanjikan prestasi lebih cekap dalam membaca denyutan jantung. Selain itu, ia juga didatangkan dengan sokongan GPS dan Alimeter yang dapat mengukur setiap pergerakan serta data kecergasan aktiviti harian.

Jadi, dengan hanya beberapa langkah mudah jam pintar ini akan mengesan data kecergasan termasuk kadar degupan jantung, jumlah kalori yang terbakar dan bilangan langkah yang telah anda lakukan selepas bersenam. Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan ciri pengesanan kualiti tidur bagi memantau waktu tidur anda.

Dalam keghairahan itu, pasti ada juga yang akan bertanya adakah jam pintar ini boleh digunakan semasa berenang? Jawapannya, ya! Huawei Watch GT mempunyai ketahanan air pada tekanan 5ATM yang mana boleh digunakan hingga kedalaman 50m. Bahkan tidak perlu risau kerana material besi yang digunakan adalah bersifat Stainless Steel.

Satu lagi perkara menarik mengenai jam pintar ini ialah bateri sebesar 420mAh mampu bertahan sehingga 2 minggu untuk penggunaan standard, 30 hari pada mod tontonan (call, message dan sebagainya) dan 22 jam mod GPS, memang cukup sempurna!

Kesimpulannya dengan memiliki ciri-ciri yang lengkap, jadi memang agak rugi kalau anda tidak mendapatkan ketiga-tiga produk yang confirm awesome ni!! Ianya bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna untuk keselesaan dan keselamatan, malah juga menjaga kebajikan pengguna.

Bagi mereka yang berminat, boleh dapatkan Huawei Best Mate ini di kedai atas talian Huawei. Untuk maklumat atau ketahui tawaran hebat dengan lebih lanjut, sila layari laman FB Huawei.

** Advertorial dari Huawei Malaysia

 

____________________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here