HONOR Perkenal Logo & Slogan Baru – Bakal Bawa Masuk HONOR 8X Phantom Blue Tidak Lama Lagi

1267
- Iklan -

HONOR hari ini secara rasminya memperkenalkan penjenamaan baru untuk syarikat mereka – di mana selain daripada logo yang dikemaskini, mereka juga hadir dengan perubahan pada slogannya iaitu ‘HONOR My World’. “Mantera” ini bakal membawakan nafas kepada HONOR dalam terus memberikan yang terbaik buat pengguna.

SLOGAN BARU : HONOR MY WORLD

Menerusi majlis tersebut, HONOR turut mempamerkan model terbaharu mereka iaitu HONOR View20 yang akan datang pada 22 Januari ini.  View20 merupakan peranti gergasi pengubah dunia telefon pintar membawakan 3 teknologi pertama dunia – kamera utama 48MP, reka bentuk kamera pada skrin & Link Turbo.

HONOR VIEW20
HONOR VIEW20

[ BACA  : Dapatkan Hadiah Premium Pada Jerayawara HONOR View20 @ 26hb ~ 27hb Jan! ]

Selain itu, HONOR turut memperkenalkan tambahan warna baru untuk model HONOR 8X menerusi Phantom Blue bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna. Versi baru ini menampilkan warna biru – purple pada bahagian belakang bersama kemasan kebiru-biruan pada sisinya.

Bagaimanapun, HONOR masih belum lagi mengumumkan harga dan tarikh rasmi ketersediaan untuk versi HONOR 8X Phantom Blue. Sama sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[ BACA  : Perbandingan Peranti Setaraf Dengan Honor 8X, Siapa Lebih Menyerlah?! ]

 

________________________________________________________________

HONOR View20 – Peranti Gergasi Pengubah Dunia Telefon Pintar ↓↓↓

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here