HONOR 10 Lite Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM749!

1004

HONOR telahpun melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu HONOR 10 Lite untuk pasaran tempatan, hari ini. Peranti yang hadir dengan rekaan menawan itu dilihat menyertakan beberapa ciri menarik disamping prestasi yang dilihat mengagumkan.

HONOR 10 Lite menampilkan rekaan skrin penuh bertakuk kecil (Drewdrop) pada saiz 6.21 inci dengan resolusi FHD bersama nisbah aspek 19.5:9. Paparan telefon pintar ini menawarkan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90%.

Takuk – Kamera Selfie Beresolusi 24MP

Ia dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 710 dengan kelajuan Octa-core 2.2GHz, dan dipadankan dengan memori 3GB RAM bersama pilihan storan dalaman 32GB dan 64GB ROM. Ia turut disokong oleh GPU Turbo 2.0 yang mana mampu mengoptimumkan pengalaman permainan yang terbaik.

Selain itu, peranti tersebut juga didatangkan dengan dwi kamera utama yang menggabungkan lensa 13MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) yang menyokong teknologi AI-powered image stabilization (AIS) pada panel belakang.

Dwi Kamera Utama : 13MP + 2MP

Di samping turut dilengkapi kamera swafoto beresolusi 24MP (f/2.0) dengan sokongan 3D Portrait Lighting, kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

Peranti HONOR 10 Lite didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,400mAh melalui port pengecasan micro USB, dan ianya menggunakan antaramuka EMUI 9.0 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Sky Blue dan Midnight Black untuk versi 3GB/32GB pada harga RM749, manakala warna Sapphire Blue dan Shiny Red untuk versi 3GB/64GB pada harga RM799.

Bagi yang berminat, model tersebut akan dijual secara rasmi pada 9 Januari 2019 bermula jam 10 pagi menerusi gedung beli belah atas talian, HiHonor dan Lazada!

Anda rasa RM 749 itu mahal? Jangan risau, anda boleh memiliki HONOR 10 Lite versi 32GB ROM dengan hanya RM699 sahaja! Harga kasih sayang ini hanya berlangsung selama sehari sahaja (9 Januari 2019)! Grab now!

Ketersediaan Pada 9 Januari 2019 Bermula Jam 10 Pagi di HiHonor & Lazada

Pembelian yang dibuat pada hari sama, akan berhak untuk penghantaran ekspress – menerima peranti pada hari yang sama! Bagaimanapun, pembelian harus dibuat sebelum jam 1 petang dan terhad kepada penghantaran di Lembah Klang sahaja.

**Pembelian yang dibuat selepas jam 1 petang, barang akan diterima pada keesokan hari. Terhad kepada 500 pembeli terawal.

Eksklusif Hands-On! ↓↓↓

_________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here