Gmail Menambah Ciri Baharu – Pulihkan Kandungan Email Terpadam Hanya Satu Klik!

336
**********

Baru-baru ini Google telah membuat penambahbaikan pada Gmail, di mana sokongan ciri baharu iaitu butang Undo / Redo telah ditambah pada kemas kini ini. Bermakna anda tidak perlu lagi risau kandungan dalam email terpadam atau tidak disimpan.

Walaupun ramai juga yang menggunakan pintasan pada papan kekunci: (Ctrl + Y (Cmd + Y) dan Ctrl + Z (Cmd + Z), tetapi bagi yang tidak mengetahui fungsi pintasan ini mereka masih ada cara yang lebih mudah dengan hanya tekan pada butang Undo / Redo.

Tambahan lagi, dalam kemas kini ini juga tersedia pintasan untuk Garis Batal dan keupayaan untuk memuat turun mesej sebagai fail .EML, maknanya anda tidak perlu risau fail format tidak serasi pada aplikasi pihak ketiga atau Microsoft Outlook.

[ Tutorial ] Cara Memuat Turun Data Di Dalam Akaun Facebook Anda

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here