HONOR 10 Lite telahpun dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan sebentar tadi! Dengan rekaan menawan, telefon pintar ini dilihat tampil penuh bergaya di samping padat dengan sejumlah spesifikasi berkuasa di dalamnya.

HONOR 10 Lite

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini kan? Jangan bimbang, persoalan anda sedikit sebanyak pasti akan terjawab melalui eksklusif hands-on kali ini. Anda dah ready? Let’s go~

📌 1 : Bagaimanakah rekaan luaran HONOR 10 Lite?

HONOR 10 dilengkapi rekaan takuk kecil berbentuk titisan air yang dipanggil “Dewdrop” pada paparan hadapan dan bezel yang nipis. Bagi yang membenci takuk, ia boleh disorokkan menerusi tetapan.

Di belakang, terdapat dwi kamera yang disusun secara vertikal pada sudut kiri dan LED Flash pula ditempatkan di bawah lensa. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang.

Bahagian atas terdapat satu SLOT sim – menyokong dwi Nano SIM atau Nano + microSD. Bahagian bawah terdapat sambungan port micro USB, 3.5mm jack audio dan speaker.
Sisi kanan, terdapat butang laras suara dan butang kuasa manakala sebelah kiri dilihat tidak mempunyai apa-apa.

 

📌 2 : Paparan & sistem operasi yang digunakan HONOR 10 Lite?

HONOR 10 Lite menampilkan paparan bersaiz 6.21 inci dengan resolusi FHD bersama nisbah aspek 19.5:9. Nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90% – direka bagi memaksimalkan paparan dan memberikan pengalaman tontonan yang terbaik.

Paparan HONOR 10 Lite – 6.21″ Dengan Resolusi FHD+

Ia menggunakan antaramuka EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie yang dilihat memberikan tampilan visual lebih kemas selain mengikut standard masa kini. Ikon tersedia juga kelihatan ceria – Party mode & Ride mode turut tersedia.

 

📌 3 : Adakah prestasi dalaman HONOR 10 Lite menepati ‘selera’ pengguna?

Jawapannya, ya! HONOR 10 Lite dibina dengan ciri perkakasan yang hebat iaitu menggunakan cip pemproses HiSilicon Kirin 710 dengan kelajuan Octa-core 2.2GHz, termasuklah sokongan teknologi GPU Turbo 2.0 yang lebih canggih dan lancar.

HiSilicon Kirin 710

Telefon pintar ini dikatakan mempunyai memori 3GB RAM bersama kapasiti penyimpanan dalaman sehingga 64GB yang boleh berkembang menjadi 512GB. Namun untuk hands-on ini, kami hanya mempunyai versi 3GB RAM + 32GB ROM sahaja.

 

📌 4 : Bagaimana dengan keupayaan bateri HONOR 10 Lite?

Persoalan keupayaan bateri? HONOR 10 Lite dilengkapi bateri berkapasiti 3,400mAh melalui port pengecasan micro USB yang mampu memberikan anda penggunaan seharian. Penggunaan seharian tersebut merangkumi aktiviti seperti : melayari internet, menonton Youtube, menangkap gambar dan bermain beberapa permainan mudah alih.

 

📌 5: Bagaimana dengan prestasi kamera HONOR 10 Lite? Contoh Gambar?

HONOR 10 Lite dilengkapi dengan dwi kamera utama dengan kombinasi lensa 13MP + 2MP di samping 24MP untuk kamera swafoto – turut dimasukkan ciri teknologi kecerdasan buatan (AI).

UI Kamera – Mengenal Pasti Sehingga 22 Objek Berbeza

Melaluinya, kamera utama boleh mengenal pasti sehingga 22 objek berbeza di samping diselitkan sistem penstabilan imej – membolehkan peranti mengambil gambar dengan lebih tajam dan jelas tanpa penggunaan tripod (terutamanya: night mode).

Kamera swafoto pula boleh mengenal pasti sehingga 8 jenis keadaan – berupaya mengesan pencahayaan sekeliling dan melaraskan warna yang tepat bagi menghasilkan imej yang lebih baik dan cantik.

 

📌 6 : Apakah sistem keselamatan yang disertakan?

HONOR 10 Lite menyertakan fungsi pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat yang terbina pada panel belakang, di samping fungsi pengecaman wajah sebagai alternatif. Seperti biasa, terdapat juga sistem keselamatan lain seperti penetapan kata laluan (PIN).

 

Fungsi Pengecaman Wajah

📌 7 : Apakah ciri menarik lain yang ada pada HONOR 10 Lite?

Fungsi Elevator Mode – Boleh memulihkan / menyambung rangkaian telefon dengan pantas sejurus keluar daripada lif atau terowong. Sebarang operasi tidak akan terjejas sama sekali menerusi fungsi ini.

Fungsi Eye Comfort Mode – Menyediakan paparan lebih selesa terutamanya menggunakan telefon pintar dalam persekitaran kurang cahaya atau gelap.

Fungsi Elevator Mode

Antara ciri lain termasuklah, fungsi pengimbas untuk beli belah selain turut boleh menyelaraskan kelantangan suara mengikut keadaan sekeliling – panggilan tidak terganggu di tempat bising dan boleh bercakap dalam nada perlahan tetapi jelas terutamanya menjawab panggilan ketika mesyuarat/kelas.

 

📌 8 : Berapakah harga HONOR 10 Lite untuk pasaran Malaysia?

Bagi yang berminat, HONOR 10 Lite kini boleh dimiliki pada harga RM749 (32GB) dan RM799 (64GB). Ia mula dijual secara rasmi pada 9 Januari 2019 jam 10 pagi menerusi gedung beli belah atas talian HiHonor dan Lazada!

Anda rasa RM 749 itu mahal? Jangan risau, anda boleh memiliki HONOR 10 Lite versi 32GB ROM dengan hanya RM699 sahaja! Harga kasih sayang ini hanya berlangsung selama sehari sahaja (9 Januari 2019)! Grab now!

Pembelian yang dibuat pada hari sama, berhak untuk penghantaran ekspress – terima peranti pada hari yang sama! Bagaimanapun, pembelian harus dibuat sebelum jam 1 petang dan terhad kepada penghantaran di Lembah Klang sahaja.

**Pembelian yang dibuat selepas jam 1 petang, barang akan diterima pada keesokan hari. Terhad kepada 500 pembeli terawal.

Video Eksklusif ↓↓↓

_____________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here