Digi, MPay & Mastercard Bekerjasama Tawar Pilihan Pembayaran Digital Untuk Semua

451
- Iklan -

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), ManagePay Systems Berhad (MPay) dan Mastercard telah menjalinkan kerjasama bagi menawarkan cadangan pembayaran baharu untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kerjasama ini dikatakan melibatkan pembangunan kad prabayar digital yang akan tersedia bermula separuh pertama tahun ini. Melaluinya juga, kini rakyat Malaysia boleh membuat pembayaran digital secara atas talian di seluruh lokasi yang menerima Mastercard.

Difahamkan, kad ini akan direka untuk mereka yang memilih kemudahan transaksi dalam talian apabila membuat pembelian. Pengguna boleh mendaftar, mengaktifkan dan menggunakan kad tersebut melalui satu aplikasi mudah sebagai sebahagian pengalaman digital yang lebih terjamin.

Dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama ini juga adalah salah satu daripada cara Digi berinovasi untuk memberikan penglaman digital lebih baik untuk semua pelanggan setianya.

_______________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here