Dapatkan Hadiah Premium Pada Jerayawara HONOR View20 @ 26hb ~ 27hb Jan!

585
**********

HONOR View20 yang bakal dilancarkan secara besar-besaran di Paris, akan mendarat di pasaran Malaysia pada 26 Jan 2019 bersama jerayawara terbesar yang membawakan pelbagai promosi menarik khusus peminat HONOR.

Peranti yang lama ditunggu-tunggu ini akan dijual secara rasmi pada 26 Jan nanti, sementara jelajah terbesar akan bermula dari 23hb ~ 27hb Jan selama 5 hari di Tingkat Bawah Pusat Beli-Belah Highstreet @ 1 Utama.

HONOR View20 boleh didapati dalam dua varian, antaranya 8GB + 256GB yang terdapat dalam warna Phantom Blue, serta 6GB + 128GB dalam warna Midnight Black dan Sapphire Blue.

📍 [ ZON PERBANDINGAN ] : HONOR V20 / Xiaomi Mi 8 / OnePlus 6T

 

Hadiah premium bernilai lebih RM700 akan diberikan untuk pembelian yang dibuat semasa jerayawara pada 26 ~ 27 Jan dengan syarat seperti di bawah:

Model Syarat *Hadiah Premium
(Setiap Pembelian)
HONOR View20 (6GB + 128GB / 8GB + 256GB) 200 Pelanggan Pertama 1 unit HONOR Watch Magic & 1 unit HONOR Backpack
800 Pelanggan Seterusnya 1 unit HONOR Band 4 & 1 unit HONOR Backpack

*Hadiah datang dalam unit yang sangat terhad dan hanya pada first-come-first-serve basis. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ada lagi! Bersempena dengan pelancaran HONOR View20, pelanggan Maxis juga boleh mendapatkan HONOR View20 hanya dengan RM1 dan hadiah percuma melalui pelan RM158 di bawah kontrak 2 tahun. Promosi ini hanya terdapat di Pusat Maxis new wing, 1 Utama.

📍[ Hadiah Bernilai RM188 Menanti Anda Di Jerayawara HONOR 10 Lite – 26hb ~ 27hb Jan ]

 

_________________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here