Dapatkan ASUS ZenFone Max (M2) Dengan Hanya RM599 Pada 15 Januari 2019!

617
**********

Akhirnya! ASUS ZenFone Max (M2) kini di Malaysia! ASUS hari ini membawakan berita gembira buat semua penggemar gajet di tanah air dengan mengumumkan harga jualan untuk ASUS ZenFone Max (M2) bagi pasaran tempatan – RM 699 (4GB+32GB) seunit!

[ BACA JUGA : ASUS ZenFone Max (M2) Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi ]

Anda rasa mahal? Jangan risau, ASUS menawarkan harga ‘kasih sayang’ untuk semua – di mana anda boleh memiliki ASUS ZenFone Max (M2) dengan hanya RM599 (4GB+32GB) sahaja pada hari pertama penjualannya iaitu 15 Januari 2019!

Bagi yang berminat, ASUS ZenFone Max (M2) akan dijual secara rasmi pada 15 Januari 2019 bermula jam 10 pagi menerusi gedung beli belah atas talian, Lazada! Jangan lepaskan peluang ini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here