CES 2019: ASUS ZenBook 14 (UX431), Keanggunan Dalam Spesifikasi Yang Tinggi

260
**********

ASUS ZenBook 14 (UX431) baru sahaja diumumkan yang mana komputer riba ini pastinya mampu memberikan keseimbangan dari aspek keanggunan, dan spesifikasi yang terbaik. Ia disertakan dengan 8th Generation Intel Core processors, NVIDIA GeForce® MX150 graphics, dan RAM sehingga 16GB.

Disertakan dengan warna Utopia Blue dan direka dengan spun-metal finish. Apa yang pasti, peranti ini mempunyai paparan 14-inci FHD (1920×1080) IPS NanoEdge yang menawarkan sudut pandang yang lebih baik.

Teknologi paparan NanoEdge ini mengecilkan saiz bezel di kedua-dua sisi ke 6.55mm sahaja. Disebabkan saiz bezel yang dikecilkan, jurutera mampu mengecilkan skrin 14 inci ke dalam casis 13 inci. Apa yang menarik berat peranti ini hanyalah 1.45kg nyata memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.

Rekaan ergolift sangat unik kerana apabila komputer ini dibuka, ia akan terangkat sedikit yang akan memberi aliran suhu yang lebih baik.


Touchpad pada komputer ini memaparkan NumberPad yang sangat berguna memasukkan data dan pengiraan. Jika tidak ingin menggunakan NumberPad, anda boleh mematikan fungsinya.

Dari aspek spesifikasi, ia diberi pilihan iaitu Intel’s 8th Generation Core i3, i5, and i7 yang  menawarkan 4 Hyper-Threaded cores yang berjalan pada frekuensi setinggi 4.6Hz disebabkan oleh Turbo Boost technology.

Intel UHD Graphics 620 engine yang bersepadu adalah mencukupi untuk melakukan suntingan foto dan penstriman video. Dengan menaik taraf kepada discrete NVIDIA GeForce MX150 graphics dengan memori 2GB GDDR5 menjadikan permainan mudah alih lebih menyeronokkan. ZenBook 14 tersedia sehingga 16GB RAM bagi memastikan operasinya dapat berjalan dengan lancar.

Bagi sistem bunyi, ZenBook 14 sangat menakjubkan yang mempunyai 4 speaker. Terdapat 2 lagi bass speaker di bawah komputer. Ia menawarkan dengan 1.4x frekuensi lebih tinggi berbanding model yang terdahulu iaitu UX430.

ZenBook 14 disertakan dengan I/O ports yang terdiri daripada 1 USB 2.0 Type-A dan USB 3.1 Type-A dan Type-C. Pengguna boleh menyambung monitor kedua menggunakan HDMI dan disertakan slot SD kad. Terdapat juga 1.8mm audio combo jack. ZenBook 14 juga turut disertakan dengan konfigurasi 2×2 802.11ac Wi-Fi.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai ZenBook 14, sila layari laman sesawang ASUS .

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here