CES 2019: ASUS Perkenal ZenBook S13 (UX392), Kecil-Kecil Cili Padi

412
**********

ASUS baru sahaja mengumumkan ASUS ZenBook S13 (UX392) yang merupakan kombinasi sempurna antara kecantikan dan kuasa. Keupayaan yang menakjubkan pastinya dapat digapai pada casis yang kecil ini. Dengan hanya 13.9-inci FHD frameless four-sided NanoEdge display dan turut disertakan dengan bezel paling nipis di dunia dengan 97% nisbah skrin ke kerangka.

Dengan NVIDIA GeForce MX150 discrete graphics dan pemproses 8th Gen Intel Core quad-core terbaharu, Zebook 13 pastinya melangkau sempadan. Terdapat ruang yang luas dengan storan 1TB PCIe x4 SSD  dan bateri 50Wh yang mampu bertahan sehingga 15 jam.

Untuk makluman, di bahagian atas bezel tersedia HD webcam dan juga berfungsi sebagai tab untuk mengangkat laptop’s lid. Perubahan ini walaupun kecil tetapi ia memberi kesan yang sangat besar kepada pengguna. Walaupun paparan yang lebih besar, namun ZenBook S13 berjaya untuk mengurangkan untuk mengekalkan jejak fizikal yang lebih kecil (316 x 195 x 12.9mm) berbanding dengan komputer riba bersaiz 13 inci yang lain.

Dilengkapi dengan 8th generation Core i7 CPU terbaharu dipadankan dengan RAM sehingga 16GB. Prestasi pemprosesan adalah dipadankan dengan keupayaan grafik yang dinaik taraf disebabkan oleh NVIDIA GeForce MX150.

ZenBook S13 ini juga mendapat kelulusan daripada MIL-STD-810G military standards bagi ketahanan dan diuji dalam keadaan yang ekstrem termasuklah altitud ekstrem, kelembapan dan suhu.

Antara perubahan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah paparan secara visualnya. Kini ia didatangkan dengan Utopia Blue.

Walaupun ia bersaiz kompak, tetapi ketika menggunakannya pasti tidak terasa sesak. ZenBook S13 sebenarnya lebih panjang sedikit berbanding model terdahulu kira-kira 1.4mm.

ZenBook S13 turut menawarkan standard USB 3.1 Gen 2 Type-A port di bahagian sisi. Kebanyakkan komputeri riba yang nipis hanya menawarkan USB Type-C (USB-C) ports. Sebagai tambahan bagi standard USB port, ZenBook S13 juga mempunyai USB 3.1 Gen 2 Type-C ports, dengan dengan antara muka puncak 10Gbps.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ZenBook S13, sila layari laman sesawang ASUS atau layari saluran Youtube .

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here