CES 2019: Samsung Beri Bayangan Telefon Pintar 5G Akan Dilancarkan Tahun Ini

145
**********

Demam 5G pada 2019 ketika ini kian dirasakan. Justeru, CEO Samsung, HS Kim, ketika di CES 2019 memberi bayangan bahawa syarikat teknologi gergasi itu akan melancarkan telefon pintar 5G di pasaran pada tahun ini.

Bercakap ketika sidang media pada Isnin lalu, Samsung akan terus menyuntik dana dalam penyelidikan dan pembangunan dan telah mencatatkan bilangan terbesar paten penting.

Menurut Kim, Pengalaman dan usaha Samsung telah memperkenal dan mengkomersialkan 5G ke hadapan sama ada dari cip dan peranti sehingga ke peralatan rangkaian.

Pada ketika ini, Samsung sedang melakukan percubaan 5G dengan carrier di Eropah dan Asia. Pasukan semikonduktor Samsung dikatakan akan membantu membawa pemprosesan lebih hampir dengan peranti itu.

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here