CES 2019: Keunikan ASUS Chromebook Flip C434, Menepati Keperluan Pengguna

607
**********

1 lagi pendedahan terbaharu produk daripada ASUS iaitu ASUS Chromebook Flip C434. Ini merupakan sebuah peranti yang sangat berkuasa yang dibekalkan dengan pemproses Intel® Core™ i7-8500Y dan RAM maksimum sehingga 8GB. Casis logam yang mempunyai ketebalan sebanyak 15.7mm dan berat sebanyak 1.45kg menjadikan ia sebuah peranti ideal untuk dibawa ke mana sahaja.

ASUS Chromebook Flip C434 dilengkapi dengan Dual-band Wi-Fi 5 (802.11ac) bagi memastikan sambungan yang stabil dan Bluetooth® 4.0 untuk memudahkan pemindahan fail melalui gelombang udara. Terdapat 2 USB Type-C (USB-C) ports, dan standard USB Type-A port. Ia turut dilengkapi dengan bateri 48WH yang pastinya memudahkan pengguna kerana tidak perlu mencari plug untuk mengecas kerana ia mampu bertahan dengan lama.

ASUS Chromebook Flip C434 menggunakan aluminium yang ringan pada lid begitu juga di bahagian atas dan bawah komputer. Brushed silver adalah halus dan mampu menyorok cap jari dengan lebih baik berbanding plastik atau bekas-bekas getah.

ASUS Chromebook Flip C434 turut disertakan dengan teknologi paparan NanoEdge memuatkan paparan 14 inci FHD skrin sesentuh ke dalam casis 13 inci. Bezel pada kedua -dua belah telah dikecilkan kepada 5mm.

Dari aspek papan kekunci, ia dibina dengan 1.4mm dengan key travel dan backlit yang sangat berguna ketika melakukan kerja ketika waktu malam. Apa yang menarik, engsel yang mampu bergerak 360 darjah dan paparan skrin sesentuh memudahkan kerja-kerja dilakukan.

ASUS Chromebook Flip C434 dijadualkan akan dilancarkan pada bulan hadapan. Harga dijangka bermula dari $569 USD (kira-kira RM2340.31).

Sila layari laman sesawang ASUS bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ASUS Chromebook Flip C434.

Baca juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here