CES 2019: Kesempurnaan Pada Acer Swift 7

175
**********

Acer baru-baru ini mengumumkan satu lagi komputer riba keluaran mereka yang sangat ringan dan nipis, iaitu Acer Swift 7 (SF714-52T) dengan casis premium yang mempertingkatkan paparan.

Peranti yang direka dengan 4 sisi bezel yang sangat nipis dengan setiap satunya hanya 2.57mm, kelihatan seperti borderless. Paparan Windows 10 bersaiz 14 inci ini menawarkan 92% nisbah skrin-ke-kerangka, mempunyai ukuran badan 317.9mm x 191.5mm dengan berat hanya 890g.

Walaupun peranti ini nipis dan ringan, tetapi daya tahannya adalah baik. Direka dengan magnesium-lithium dan magnesium-aluminum aloi. Paparan sesentuh 14 inci Full HD 1920 x 1080 dengan teknologi IPSii membenarkan interaksi sentuhan berlaku dengan lancar. Disertakan sekali dengan 100% sRGB/72% NTSC gamut warna dan 300 nits bagi kecerahan, pastinya mengagumkan. Daya tahan juga adalah sangat baik kerana ia disertakan dengan lapisan Corning Gorilla Glass 6.

Dari aspek spesifikasi dalaman pula, Swift 7 dikuasakan oleh pemproses 8th Gen Intel® Core™ i7-8500Y untuk memberikan prestasi yang terbaik sama ada ketika melayari web, melakukan presentation dan lain-lain.

Dengan storan sehingga 512GB PCIe SSD, fail yang besar boleh disimpan dan diakses dengan pantas, RAM juga disertakan sehingga 16GB. Apa yang lebih baik adalah baterinya mampu bertahan sehingga 10 jam.

Aspek sambungan juga tidak dilupakan, disertakan dengan 2 USB Type-C ports yang menyokong Thunderbolt 3 bagi kelajuan jalur lebar yang tinggi sehingga 40Gbps, turut disertakan ialah USB 3.1 Gen 2.

DisplayPort 1.2 menyediakan pemindahan data yang sangat pantas sehingga 10Gbps dan menyokong resolution external displays dan pengecasan pantas peranti luar. Dalam pada itu, ia turut dihubungkan melalui Bluetooth 5.0, sementara combo headphone dan speaker jack akan memastikan audio yang jelas dan terbaik.

Papan kekuncinya juga direka dengan sangat baik yang disertakan dengan 1.1 mm bagi jarak dan responsive feedback. Papan kekunci backlit akan memerikan keselesaan ketika menaip dalam situasi low light.

Swift 7 juga disertakan dengan ‘push-to-open camera’ bagi webchat dan rakaman video yang boleh disimpan untuk menghindarkan penggunaan kamera dan melindungi privasi.

Acer Swift 7 (SF714-52T) tersedia dengan 8GB/16GB LDDR3 RAM dan 256GB/512GB bagi storan SSD PCIe, tersedia di Amerika Utara pada bulan Mei dengan harga bermula $1,699 (kira-kira RM6992), sementara di EMEA pada April dengan harga bermula €1,799 (kira-kira RM8474) serta di China bulan April pada harga bermula ¥14,999 (kira-kira RM9007). Spesifikasi, harga dan ketersediaan yang tepat akan berbeza mengikut rantau.

Maklumat lanjut, layari laman rasmi Acer.

_________________________________

Baca Juga: 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here