CES 2019: Ciri ‘Bualan’ Antara Penambahbaikkan Pada Aplikasi Twitter, Pertautan Interaksi Yang Lebih Dekat

367
**********

 

Pada CES 2019, Twitter mengumumkan akan melancarkan interaksi terbaharu di dalam aplikasinya iaitu pengguna boleh membentuk semula perbualan di dalam aplikasi tersebut.

Twitter melakukan penambahbaikkan ini bagi bersaing dengan aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram yang jauh lebih ke hadapan.

Penambahbaikkan ini memperlihatkan pengguna boleh menyusun bentuk perbualan dengan pengikut mereka seperti kemas kini status dan tweet ‘permulaan perbicaraan’ atau ‘ice-breaker tweets’.

Dalam pada itu, Twitter berkata ciri ‘bualan’ ini akan diuji dalam 2 atau 3 minggu akan datang. Namun tidak semua pengguna boleh mengguna ciri ‘bualan’ ini ketika ujian dilakukan. Dikhabarkan hanya beberapa ribu pengguna sahaja yang akan dibenarkan menggunakan ciri terbaharu ini.

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here