CES 2019: ASUS Perkenal StudioBook S, Nipis Tetapi Mempersonakan

270
**********

Satu lagi produk daripada ASUS yang baru sahaja diumumkan, ASUS StudioBook S (W700) yang sangat nipis. Disertakan dengan pemproses Intel Xeon dan grafik NVIDIA Quadro P3200, yang mampu menangani pelbagai gerak kerja kompleks sekaligus mampu menyeimbangkan tugasan harian dan disertakan dengan Windows 10 Pro.

StudioBook S disertakan dengan bezel yang nipis dengan rekaan paparan NanoEdge dan sesuai dengan 17 inci, nisbah paparan 16:10 dalam badan 15 inci. Saiz bezel di kedua-dua sisi adalah 5.3 mm. Panelnya meliputi 97% DCI-P3 color space. Ia jauh lebih luas daripada gamut warna sRGB yang digunakan oleh PC biasa.

Mereka, 3D rendering, simulasi atau pengiraan kompleks memerlukan prestasi yang terbaik. StudioBook S turut boleh dikhususkan dengan Intel Xeon or pemproses Intel Core™ i7  dan grafik NVIDIA Quadro P3200. Quadro GPU disediakan untuk aplikasi profesional dan berkuasa tinggi bagi memastikan bunyi kipas berada pada tahap minimum. Xeon E-2176M disertakan dengan 6 teras dan 12 threads dengan frekuensi max turbo 4.4GHz.

Ia juga turut disokong oleh RAM sehingga 64GB dan didatangkan dengan pilihan memori ECC untuk kestabilan. ECC bertujuan untuk mengesan dan membetulkan error dalam memori yang mana boleh merosakkan data atau menyebabkan komputer crash ketika sedang membuat tugasan. StudioBook S menggandakan prestasi dengan PCIe SSD drives.

StudioBook S dilengkapi dengan prestasi hardware terbaharu, dan memastikannya sentiasa sejuk bagi mengoptimumkan prestasi. Disertakan dengan 5 heat pipes yang menjejaki arahnya ke motherboard yang membawa suhu panas dari CPU, GPU dan VRM ke arah vents di bahagian tepi dan belakang komputer. Solusi thermal ini sangat berkuasa.

StudioBook S bersaiz 382 x 286 x 18.4 mm dan disertakan dengan Turquoise Grey aluminum. StudioBook S direka dengan 45 darjah untuk menambah tekstur pada lid dan palm rest. Dengan berat hanya 2.39kg memudahkan untuk disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Ia turut mendapat kelulusan ketenteraan dari aspek daya tahannya MIL-STD-810G. Diuji dalam getaran, persekitaran ekstrem seperti suhu, kelembapan dan altitud.

Bagi papan kekuncinya pula, ia direka dengan 1.4mm jarak untuk keselesaan ketika menaip. Backlight menjadikan kerja pada waktu malam mudah untuk dilakukan. Shortcut key pula membantu menyelaras interaksi yang kebiasaannya memerlukan beberapa kali klik. Terdapat juga butang untuk menghidup atau menutup HD webcam yang mana memudahkan ketika persidangan video.

Ia turut dilengkapi dengan NumberPad yang mana boleh digunakan dengan menekan simbol di bahagian atas sebelah kanan touchpad.

Dari aspek sambungan pula, StudioBook S dilengkapi dengan HDMI 2.0 port dan 1 USB Type-C (USB-C) dengan Thunderbolt 3. Ia turut disertakan dengan 3 USB 3.1 Gen 2 Type A ports. StudioBook S mempamerkan kepantasan pemindahan fail yang besar dan mempunyai sambungan rangkaian yang lebih stabil.

Untuk sebarang maklumat mengenai StudioBook S, sila layari laman sesawang ASUS .

_______________________________________

Baca Juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here