CES 2019: AMD Perkenal Kad Grafik AMD Radeon VII, Beri Fokus Pada Gaming 4K

514

Dalam CES 2019, AMD telah mengumumkan kad grafik terbaharu mereka yang dinamakan AMD Radeon VII. Pengumuman ini telah dilakukan oleh CEO AMD, Dr Lisa Su.

AMD Radeon VII merupakan kad grafik berkuasa tinggi yang merupakan kad grafik gaming pertama menggunakan cip pemprosesan grafik 7nm. Apa yang pasti ia memberi fokus kepada prestasi gaming pada resolusi 4K.

Dikhabarkan kad grafik ini menggunakan cip pemprosesan GPU generasi kedua. Ia merupakan 25% lebih berkuasa berbanding kad grafik RX Vega 64. Ia turut dilengkapi dengan HBM2 sebesar 16GB.

Dijangkakan, Kad grafik AMD Radeon VII akan menjengah pasaran pada 7 Febuari tahun ini dengan harga dianggarkan $699 (kira-kira RM2800). Bagi setiap pembelian, AMD akan menyertakan sekali permainan komputer Devil May Cry 5 dan Resident Evil 2.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here